Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Brave Souls Akan Datang Ke Nintendo Switch & Xbox, Bersama Content Baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 29, 2024
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PS4, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Bleach: Brave Souls Akan Datang Ke Nintendo Switch & Xbox, Bersama Content Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, KLab Inc mengumumkan bahawa game aksi 3D popular ‘Bleach: Brave Souls‘, yang kini tersedia pada telefon pintar, PC dan PlayStation 4, akan dikeluarkan pada Nintendo Switch melalui Nintendo eShop dan konsol Xbox melalui Microsoft Store pada musim panas ini (sekitar Jun hingga September 2024).

The hit 3D action game “Bleach: Brave Souls” will be released on the Nintendo Switch and Xbox! 🎉 Continue to enjoy Brave Souls on your home gaming consoles 🎮 https://t.co/aTlJdyiwcu #KLab #KLabGames #BraveSouls pic.twitter.com/KkgQMzMcTJ

— KLab Inc. (@KLab_EN) May 28, 2024

Ketika mula-mula dikeluarkan pada tahun 2015, Bleach: Brave Souls hanya tersedia di peranti iOS dan Android di Jepun sahaja. Ia kemudian dikeluarkan di seluruh dunia tidak terlalu lama selepas itu dan akhirnya datang ke platform PC dan PlayStation 4.

Merupakan game aksi 3D berdasarkan siri manga dan anime popular, BLEACH, game ini sudah lama digemari oleh peminat anime dan gaming, sehingga mencapai 90 juta muat turun di seluruh dunia.

Kandungan Baru

Achievements System

Kredit: KLab

Achievements System ialah ciri baharu di mana pemain boleh memperoleh poin istimewa dengan menyelesaikan pelbagai cabaran. Pemain akan dapat membuka bonus kekal yang akan memudahkan mereka dalam Brave Souls.

Dengan membuka “Brave Bonuses”, pemain boleh menerima efek kekal seperti menebus Spirit Orb, Essence Scroll, Super Link Slot Potion dan item lain secara berkala dan tambahan had pada jumlah kali misi tertentu boleh diselesaikan.

Thousand-Year Blood War Zenith Summons: Gravitation

Bermula 31 Mei hingga 15 Jun, pemain boleh mendapatkan dua watak 5★ Masaki Kurosaki dan Isshin Shiba berdasarkan versi Thousand-Year Blood War 2024!

Masaki Kurosaki (Thousand-Year Blood War 2024 version): Masaki ialah Echt Quincy dan yang terakhir daripada keluarga Kurosaki. Dia telah bertunang untuk berkahwin dengan Ryuken Ishida, tetapi semasa kejadian tertentu dia bertemu dengan Isshin Shiba dan telah diselamatkan olehnya.

Kredit: KLab

Isshin Shiba (Thousand-Year Blood War 2024 version): Kapten kepada Skuad 10; apabila insiden tertentu mengakibatkan dia melawat dunia orang hidup, Isshin bertemu bakal isterinya, Masaki, dan membuat keputusan penting yang akan mempengaruhi hidupnya.

2D_1753_ISH-志波一心_EN.png
Kredit: KLab
Tags: Bleach: Brave Soulsnintendo switchxbox
ShareTweetSend
Previous Post

Sakamoto Days Sah Dapat Anime, Akan Tayang Januari 2025

Next Post

Skin Terbaru League of Legends Berharga Lebih RM1.3K

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Skin Terbaru League of Legends Berharga Lebih RM1.3K

Skin Terbaru League of Legends Berharga Lebih RM1.3K

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd