Adakah kamu minat dengan cerita seram? Apakah cerita seram terakhir yang awak baca? Kali ini saya mempunyai beberapa cadangan untuk webtoon paling menakutkan pernah saya baca. Bagi kamu yang tidak tahu, webtoon bermaksud komik versi digital yang berasal daripada Korea Selatan. Bolehlah hiburkan kamu yang bosan tidak tahu nak buat apa kan. Nak tahu lebih tak? Berikut adalah beberapa webtoon paling seram yang disediakan oleh saya.
The Red Book
Webtoon ini pada dasarnya adalah sekumpulan cerita seram pendek yang berkisarkan supernatural dan makhluk jahat. Setiap episod adalah sekitar 20 muka surat dan ia tidak memberi banyak butiran mengenai watak, tetapi lebih memberi tumpuan kepada jalan cerita untuk plot twist besar pada penghujung. Yang paling menarik tentang webtoon ini adalah jump scare-nya dengan kemunculan makhluk seram pada penghujung. Bagi mereka yang mencari sesi seram yang pendek tetapi berkekalan, bacalah The Red Book.
Chiller
Salah satu webtoon kegemaran saya dan eksklusif untuk siri ini, ia mengandungi animasi dan bunyi, jadi pastikan kamu naikkan volume dan baca pada waktu malam untuk pengalaman yang terbaik! Walaupun webtoon ini juga berkisarkan supernatural, ia juga mempunyai lebih banyak unsur thriller/ psikologi seperti pembunuh bersiri dan psiko. Cerita ini juga berlangsung lebih lama dengan latar belakang watak yang lebih maju kerana mereka mungkin ialah mangsa atau pembunuh. Dengan sentuhan pelbagai artis, setiap cerita mempunyai gaya dan cerita yang unik.
Tales of the Unusual
Satu lagi webtoon penuh koleksi cerita pendek dan menakutkan. Webtoon ini akan teruskan dengan plot yang sama untuk beberapa episod, lantas memberikan lebih banyak ruang untuk membangunkan watak-watak dan plot. Kebanyakan cerita biasanya membawa tema Karma, atau “what goes around, comes around.” yang bermaksud jika kamu melakukan sesuatu yang buruk kepada seseorang, sesuatu yang buruk akan berlaku kepada diri sendiri. Jika kamu sedang mencari koleksi cerita dengan watak-watak dan jalan cerita dengan sentuhan plot twist, Tales of the Unusual sangat sesuai untuk anda.
Distant Sky
Mencari satu siri post-apocalyptic dengan kanak-kanak yang berjuang untuk terus hidup dalam keadaan yang hampir mustahil? Webtoon ini adalah untuk anda! Webtoon ini berkisarkan seorang budak lelaki yang bangun dikelilingi oleh kematian dan kegelapan dan hanya dia sahaja di atas muka bumi. Cerita ini mungkin agak mengelirukan dengan butiran yang sangat sedikit diperkenalkan pada permulaan dan flashback berlaku pada setiap masa, tetapi lambat laun akan masuk akal jika kamu teruskan membaca. Watak-wataknya dikeliling penuh misteri, tetapi senang untuk menyukai mereka. Dengan banyak plot twist dan perjuangan antara hidup dan mati, webtoon ini memastikan kamu sentiasa terkejut!
Bastard
Seperti deskripsi LINE Webtoon, “There is a serial killer in my house!” kamu akan tahu jawapannya pada permulaan beberapa episod pertama. Nama watak utama ialah Jin tetapi bagi siapakah pembunuh bersiri itu dan mengapa orang tersebut tinggal di rumah seseorang, lebih baik kamu membaca sendiri. Saya sangat suka watak-watak yang ada di dalam webtoon ini kerana ada perkembangan watak yang membuatkan mereka lebih mudah difahami. Tidak ada apa-apa yang menakutkan atau aktiviti supernatural, tetapi lebih kepada psikologi jiwa. Jika ini adalah sesuatu yang kamu minati, jom kita usya sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post