Hujung minggu lalu ialah ulang tahun ke-80 Batman. Beliau membuat kemunculan pertama di Detective Comics #27 dan sejak itu telah hadir dalam hampir setiap bentuk. Ketika semua orang meraikan acara ini, senbuah tweet daripada WB Games Montreal telah menangkap perhatian semua orang.
@WBGamesMTL is proud to celebrate Batman’s 80th anniversary with rest of the world during #BatmanDay #Batman80 pic.twitter.com/4VGz9kBWxj
— WB Games Montréal (@WBGamesMTL) September 22, 2019
Jika korang terlepas pandang, terdapat empat simbol yang muncul secara pantas di dalam video. Walaupun banyak tekaan untuk tiga simbol pertama tetapi semua orang pasti setuju bahawa imej akhir, yang kelihatan seperti iblis mungkin merujuk kepada Demon’s Head. Ini sudah tentu merujuk kepada Ra’s Al Ghul, ketua League of Assassin dan bapa kepada Talia Al Ghul, yang keduanya muncul sebagai watak utama di Batman: Arkham Knight.
Tidak lama selepas tweet ini keluar, penulis Batman Scott Snyder membalasnya dengan #BewareTheCourtOfOwls. Tweet ini kemudian dibuang tetapi tidak sebelum screenshot diambil. The Court of Owls adalah rujukan kepada organisasi sulit yang diperkenalkan pada komik 52 Batman yang ditulis oleh Scott Snyder sendiri.
SCOTT SNYDER DELETED THIS IMMEDIATELY
THE COURT OF OWLS ARE COMING 🦇 pic.twitter.com/nvmrdSZdNZ
— Battman 🦇 (@BatmanFiles) September 22, 2019
Beberapa jam kemudian, empat simbol yang ditunjukkan dalam tweet di atas, sekali lagi dimuat naik dengan caption “Capture the Knight/ Cape Sur La Nuit.” Apakah maksud sebenar sebalik simbol tersebut? Apa-apa inform akan kami beritahu.
Capture the Knight / Cape sur la nuit pic.twitter.com/yMFXMd4djU
— WB Games Montréal (@WBGamesMTL) September 23, 2019
@gamersantaimy
Discussion about this post