Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri ASUS ROG Phone 5s rasmi diumumkan di Malaysia pada harga bermula RM2,999!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2021
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Siri ASUS ROG Phone 5s rasmi diumumkan di Malaysia pada harga bermula RM2,999!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun siri ROG Phone 5 baru dilancarkan pada bulan Mac lalu, ASUS telah membuat keputusan untuk melancarkan siri ROG Phone 5s hari ini yang bakal tersedia dalam varian standard dan Pro di Malaysia.

Dari segi reka bentuk, model 5s tidak berbeza dengan pendahulunya. Perbezaan utama antara mereka adalah varian S dilengkapi dengan chipset yang sedikit lebih kuat iaitu Qualcomm Snapdragon 888+. Selain itu, kadar respon sentuhan untuk varian S juga telah ditingkatkan dari 300Hz kepada 360Hz. Selain perbezaan ini, kedua-dua versi masih menampilkan paparan 6.78″ AMOLED Full HD+ 144Hz bersama lighting ROG Vision di bahagian belakang, bateri 6000mAh dan fungsi AirTrigger.

Kedua-dua ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro akan menyokong aksesori penyejukan AeroActive 5 yang telah diperkenalkan oleh ASUS. Harus diperhatikan bahawa hanya model Pro sahaja akan mempunyai AeroActive 5 sekali dalam kotak. Varian lain perlu membeli aksesori ini secara berasingan.

[wpdatatable id=42]

Untuk maklumat lanjut tentang, sila tekan SINI untuk ROG Phone 5s Pro dan di SINI untuk ROG Phone 5s.


Sempena itu, ASUS juga mengadakan beberapa promosi eksklusif untuk netizen Malaysia. Berikut adalah info dan butiran:

PROMOSI A (Pengedar sah ASUS dan Lazada)

  1. Apabila anda membeli mana-mana unit dalam siri ROG Phone 5s, anda berhak mendapatkan 1x ROG Strix GO 2.4 percuma (harga runcit bernilai RM749).
  2. Semasa tempoh promosi, anda boleh mendapat diskaun RM100 jika membeli ROG Phone 5s dan ROG Clip (MSRP biasa RM149) sekaligus.

Promosi A tersedia di semua kedai rasmi ASUS, dan kedai dalam talian Lazada bermula hari ini hingga 24 Oktober 2021.

PROMOSI B (PAYLATER Mall)

  1. Rebat RM50
    1. Belanja minimum RM2,999 ke atas dalam satu resit.
    2. Baucar ini hanya boleh digunakan untuk Kedai Rasmi Asus di PAYLATER Mall.
    3. Tarikh luput baucar: 30 Nov 2021.
    4. Hadkan kepada 1,000 baucar e-tunai.
    5. Setiap pengguna PAYLATER hanya boleh memilih SATU baucar semasa membuat pembayaran dengan PAYLATER.
  2. Dua belas (12) bulan ansuran tanpa caj faedah. (Ansuran 4 + EXTRA 8 pembayaran ansuran tanpa caj faedah dari PAYLATER)
    1. Perbelanjaan minimum RM2,999 ke atas dalam satu resit.
    2. Baucar ini hanya boleh digunakan untuk Kedai Rasmi Asus di PAYLATER Mall.
    3. Tarikh luput baucar: 30 Nov 2021.
    4. Hadkan kepada 1,000 baucar e-tunai.
    5. Setiap pengguna PAYLATER hanya boleh pilih SATU baucar semasa pembayaran dengan PAYLATER.

Promosi B tersedia di PAYLATER Mall bermula 25 Oktober lalu hingga 31 Oktober 2021.


Jika anda berminat untuk dapatkan unit ASUS ROG Phone 5s Pro, jangan lupa untuk lihat segala pautan yang kami sediakan di atas. Pada masa yang sama, anda boleh jenguk liputan kami tentang ASUS di SINI.

Tags: AsusMalaysiaROG Phone 5ROG Phone 5s
Previous Post

Review ROG Phone 5s Pro: Semua game mampu urus, tiada masalah!

Next Post

Ini antara sebab kenapa PUBG Mobile masih menjadi game Battle Royale kegemaran Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Ini antara sebab kenapa PUBG Mobile masih menjadi game Battle Royale kegemaran Malaysia!

Ini antara sebab kenapa PUBG Mobile masih menjadi game Battle Royale kegemaran Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd