Dengan episod 4 She-Hulk: Attorney At Law akan dikeluarkan esok, hari ini saya nak terangkan serba sedikit tentang biodata Jennifer Walters atau She-Hulk. Seperti yang kita tahu, dia adalah seorang peguam yang sangat berpengalaman dalam kes “superhuman”, tetapi ada segelintir yang masih tidak mengenalinya semasa kehidupannya yang awal.
Tanpa melengahkan masa, jom kita mulakan dengan latar belakang terlebih dahulu.
Latar belakang
Jennifer Sue Walters dilahirkan di Los Angeles, California dan merupakan anak kepada Morris Walters dan Elaine Banner Walters. Dia juga merupakan sepupu kepada Bruce Banner dan mereka berdua banyak menghabiskan masa di perpustakaan awam dengan membaca buku sehingga bersembunyi di dalamnya semasa perpustakaan itu nak ditutup. Hal ini kerana, Jen ingin membantu Bruce melarikan diri daripada didera oleh bapanya.
Semasa dia masih kecil, impian Jen adalah menjadi seorang penari tetapi bapanya tidak bersetuju. Namun, pada suatu hari, semasa ibunya memandu bersama rakannya yang lain, dia telah dilanggar oleh kereta dan terbunuh di tempat kejadian.
Disebabkan peristiwa ini, hubungan Jen dan bapanya menjadi renggang dan mengalihkan fokusnya kepada pendidikan. Dia telah diterima masuk ke Universiti Harvard dan turut menghadiri UCLA di mana dia mendapat ijazah undang-undang.
Bagaimana pula dia menjadi She-Hulk?
Jen yang sedang bekerja sebagai peguam di Los Angelos telah menerima kunjungan daripada sepupunya Bruce selepas bertahun-tahun tidak menjumpainya. Lalu, Bruce mendedahkan yang dia telah menjadi Hulk lalu Jen menjemput Bruce untuk ke rumahnya dan menceritakannya.
Dalam perjalanan ke rumahnya, Nicholas Trash menembak dan mencederakannya dengan parah. Nicholas Trask adalah orang yang bertanggungjawab atas kematian ibunya dalam kemalangan kereta. Trask menembak Jen kerana dia telah membela seorang samseng yang telah dikhianati oleh Trask dan telah menyebarkan khabar angin yang dia telah mempunyai bukti untuk menuduh Trask.
Selepas menyedari yang Jen akan meninggal dunia, Bruce telah memberikan “Blood Transfusion” kerana tiada bekalan lain yang boleh didapatkan pada waktu itu.
Jen akhirnya meninggal dunia, tetapi telah diselamatkan oleh “Blood Transfusion” yang dilakukan Bruce. Semasa dalam fasa tersebut, dia telah dimasukkan ke dalam “Below-Space” dan melalui “Green Door” serta hidup kembali. Selepas dia stabil, dia telah dimasukkan ke hospital kerajaan.
Dalam masa yang sama, Trask mencuba serang Jen sekali lagi dan menyebabkan zarah sinaran gamma dalam darah yang dimasukkan oleh Bruce aktif. Secara tidak langsung, menjadikan kulitnya hijau dan meningkatkan saiznya kepada lebih enam kaki. Dia digelar She-Hulk oleh seorang penjahat dan memerangkap mereka untuk ditemui oleh polis.
Mujurlah dia boleh kembali kepada saiz badan normalnya dan berjaya merahsiakan identitinya. Sejak daripada peristiwa tersebut, She-Hulk akan ambil alih apa sahaja perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Jennifer Walters.
Kuasa
Transfusi darah yang disinari oleh sinar gamma daripada sepupunya Bruce Banner atau lebih dikenali sebagai Hulk memberikan Jennifer Walters superpower. Dalam bentuk She-Hulknya, dia memiliki kekuatan yang luar biasa dan berpotensi menjadikan wanita ini paling dikenali dari segi emosi di Marvel Universe apabila keadaan emosinya cukup tinggi.
Walaupun kekuatan She-Hulk pada mulanya kekal pada tahap yang ditetapkan dan tidak meningkat, kemudian dalam sejarahnya kekuatannya secara berperingkat dan telah terbukti ia meningkat daripada ketakutan, atau kemarahan, serupa dengan sepupunya. Di samping itu, watak itu mempunyai kelajuan super, ketangkasan, stamina, dan refleks yang sangat pantas.
Badan She-Hulk sangat tahan lasak dan hampir tahan terhadap tekanan, kesakitan dan penyakit: kulitnya boleh menahan suhu yang melampau, serta tekanan dan hentaman yang hebat tanpa luka tikaman atau luka. Fisiologinya yang dipertingkatkan menjadikannya kebal terhadap semua penyakit bumi. She-Hulk juga mempunyai faktor penyembuhan, yang membolehkannya pulih sepenuhnya, beberapa minit kemudian, daripada ditetak oleh Wendigo.
Tidak seperti Hulk, personaliti dan kecerdasan Jennifer kurang terjejas apabila dia berubah menjadi She-Hulk, walaupun dia menjadi lebih yakin dan tegas. Untuk masa yang lama, She-Hulk tidak dapat kembali ke bentuk asalnya.
Disebabkan latihan Ovoids, She-Hulk dapat bertukar kekuatan dan fizikal dengan wanita manusia lain, tetapi mengekalkan pigmentasi kulit hijaunya, dan hanya menggunakannya sekali. Atas kehendak Hulk, Jennifer kini boleh bertukar antara bentuk manusia dan Hulk sesuka hati.
Buat sementara waktu, terima kasih kepada mantera hex oleh Scarlet Witch, sesiapa yang mahu She-Hulk cedera tidak dapat mengenalinya sebagai Jennifer, tetapi kesan sampingan yang berbahaya memaksa Jennifer untuk mendapatkan bantuan Doktor Strange untuk menghapuskan sumpahan itu.
Sebelum saya terlupa, biodata She-Hulk ini adalah berpandukan daripada komik. Jika ada perkara yang kurang tentang biodata She-Hulk, saya amat mengalu-alukan komen daripada anda supaya dapat diperbaiki pada masa akan datang.
Untuk mendapatkan fakta dan trivia menarik mengenai Marvel, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post