God of War Ragnarok adalah salah satu game eksklusif PlayStation yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini, jadi saya faham mengapa ramai peminat tidak sabar untuk mencuba game tersebut. Nasib baik lah, sebuah video gameplay baru telah dikeluarkan — yang mempamerkan dunia Svartalfheim dalam God of War Ragnarok.
Secara lebih khusus, Game Informer telah mengeluarkan video gameplay khas untuk God of War Ragnarok yang memfokuskan pada dunia Svartalfheim. Svartalfheim (juga dikenali sebagai Nidavellir) adalah tanah air untuk warga Dwarf dalam mitologi Norse dan merupakan salah satu daripada “Nine Realms” milik “World Tree, Yggdrasil”.
Walaupun kita dapat mengembara ke beberapa dunia dalam God of War 2018 tetapi Odin menghalang akses di beberapa dunia. Dalam Ragnarok, Kratos dan Atreus akhirnya menemui cara untuk menerokai kesemua sembilan dunia dalam game.

Video gameplay di atas menunjukkan Kratos dan Atreus belayar ke Svartalfheim dengan Mimir. Pemain mesti menggunakan kuasa elemen milik Kratos untuk menavigasi pelbagai runtuhan, mencipta laluan baharu dan menyelesaikan teka-teki unik.
Pertama sekali kita boleh nampak adalah Kratos menggunakan kapak Leviathan untuk membekukan geiser lalu mara ke laluan baru. Selain itu, Kratos juga boleh berinteraksi dengan objek unik menggunakan Blades of Chaos yang matlamatnya adalah sama: untuk membuka kawasan baru dan menyelesaikan teka teki.


Seperti game pertama, Atreus akan membantu Kratos semasa meneroka Svartalfheim di dalam dan di luar pertempuran. Sebagai contoh, Kratos boleh mengarahkan Atreus untuk berinteraksi dengan sejenis peranti yang sukar untuk capai.

“Lead level designer – James Riding” dan “level designer – Jon Hickenbottom” berkata bahawa pasukan Santa Monica mahu mengembangkan lagi gameplay dalam level God of War (2018) dengan “lebih banyak variasi dan verticality”. Oleh itu, Svartalfheim ialah dunia yang sangat besar dan penuh dengan kandungan untuk diterokai dalam God of War Ragnarok, khususnya berkaitan interaksi alam sekitar.
Korang tidak perlu tunggu lama lagi kerana God of War Ragnarok akan keluar pada 9 November untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5. Untuk membaca segala liputan kami tentang GoW, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post