Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siapakah Blue Beetle? Biodata ringkas tentang Jaime Reyes! 

safwan by safwan
June 27, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Filem, Komik, Movie/siri, Panduan
0 0
0
Siapakah Blue Beetle? Biodata ringkas tentang Jaime Reyes! 

Kredit: DC

Share on FacebookShare on Twitter

Filem Blue Beetle bakal ditayangkan pada 17 Ogos 2023 di Malaysia dan masih tidak ramai mengetahui kewujudan superhero ini di dalam komik. Oleh itu, kami ingin kongsikan serba sedikit tentang biodata dan sudah pasti apa yang perlu anda tahu sebelum menonton filem Blue Beetle nanti.

Sebelum pergi dengan lebih jauh, mari saya perkenalkan serba sedikit tentang Blue Beetle. Superhero ini telah dicipta oleh Keith Giffen bersama John Rogers dan Cully Hamner. Dia telah membuat penampilan pertamanya di dalam komik Infinite Crisis #3 pada tahun 2006. 

Bukan setakat di komik sahaja, watak superhero ini juga telah muncul di dalam pelbagai siri dan filem animasi termasuk siri Batman: The Brave and the Bold, Young Justice dan Justice League vs. Teen Titans. Dan pada tahun ini, kita akan melihat Blue Beetle di pawagam tidak lama lagi.

Siapakah Blue Beetle?

Kredit: DC

Nama watak yang memegang Blue Beetle ialah Jaime Reyes. Dia merupakan pelajar sekolah menengah di El Paso, Texas. Dia telah dibesarkan bersama bapanya yang bekerja sebagai mekanik di garajnya sendiri dan ibunya bekerja sebagai paramedik. Jaime Reyes mempunyai dua orang kawan rapat iaitu Brenda dan Paco. 

Sebelum Jaime Reyes menjadi Blue Beetle, terdapat dua orang lagi yang pernah menjadi pengguna Blue Beetle. Saya menggunakan perkataan “pengguna” disebabkan Blue Beetle adalah bukan kuasa yang semula jadi tetapi mereka dapat menggunakan kuasa Blue Beetle disebabkan satu artifak yang bernama “Scarab”. Di dalam artikel ini, kami akan fokuskan kepada Blue Beetle Jaime Reyes. 

Jadi, bagaimana Scarab Blue Beetle boleh sampai ke tangan Jaime Reyes di El Paso. Mari saya ceritakan sedikit. 

Kredit: DC

Pengguna kedua Blue Beetle iaitu Ted Kord telah memiliki Scarab selepas ia diberikan dari pengguna yang pertama, Dan Garrett. Namun, semasa Ted menjadi pengguna Blue Beetle pada awalnya, Scarab tersebut telah pun musnah. Tetapi, ia telah ditemukan semula dalam sebuah piramid di Timur Tengah. 

Selepas jumpa kembali Scarab tersebut, Ted sekali lagi menghilangkan Scarab semasa dia pergi ke Rock of Eternity. Dan tidak beberapa lama selepas itu, dia pun mati dikalahkan oleh Maxwell Lord, Black King of Checkmate. 

Kemudian, Rock of Eternity telah pun dimusnahkan dalam pertarungan diantara Shazam dan Spectre. Kandungan yang berada di dalam Rock of Eternity telah pun tersebar di seluruh dunia dan Blue Beetle Scarab pun jatuh ke bumi di El Paso. 

Kredit: DC

Semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah, Jaime telah menjumpai sesuatu yang tertimbus ditanah tanpa mengetahui itu adalah Scarab. Tiba-tiba, Scarab itu hidup dan bercantum ke tulang belakang Jaime sehingga menyebabkan Jaime dapat mimpi yang aneh. Jadi, begitulah cara Jaime dapatkan kuasa Blue Beetle.

Kuasa Blue Beetle

Kredit: DC

Secara teknikalnya, kuasa yang diperolehi Jaime adalah dari Scarab tersebut. Memandangkan Scarab tersebut kini bercantum dengan badan Jaime, dia kini boleh menggunakan kuasa Scarab sepenuhnya. 

Walau bagaimanapun, Scarab itu boleh memilih untuk menggunakan kuasanya mengikut kehendaknya sendiri tetapi biasanya Jaime yang akan mengawal. Sekiranya Jaime tidak mahu Scarab menggunakan kuasanya, dia boleh mengatasinya. Terdapat beberapa kuasa Scarab boleh digunakan semasa tidak memakai suit Blue Beetle. Berikut adalah senarai kuasa Blue Beetle:

  • Artificial Intelligence
    • Symbiotic Synaptic Interface
    • Scarab Mindlink
  • Sistem Penjejakan
  • Penglihatan Scarab
    • Temporal Flux Detection
  • Sambungan Rangkaian
  • Manifestasi Pakaian
  • Penyembunyian (Concealment)
  • Penyembuhan (Healing)
  • Konfigurasi Semula Hos
  • Blue Beetle Armor
    • Kekuatan Supermanusia (Superhuman Strength)
    • Ketangkasan Manusia Luar Biasa (Superhuman Agility)
    • Perlindungan alam sekitar 
    • Konfigurasi Semula Perisai
    • Manifestasi Perisai Separa
    • Wing Shields
      • Jet Propulsion
    • Manipulasi Tenaga
    • Adaptasi Antagonis
    • Gelembung Tenaga
    • Manipulasi Frekuensi Getaran
    • Bleed Diving
    • Terjemahan
    • Pelupusan sisa

Setakat ini, itu sahaja yang boleh kami kongsikan kepada korang tentang biodata Blue Beetle. Harap dapat membantu korang yang nak layan filem Blue Beetle yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 17 Ogos 2023 nanti.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Biodata Blue BeetleBlue BeetleDC ComicdceuJaime ReyesScarab
ShareTweetSend
Previous Post

We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie Review — Kembali Hasilkan Bebola Gergasi, Kini Dalam Versi Baharu!

Next Post

Harry Potter: Magic Awakened kini tersedia di PC, iOS & Android!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Harry Potter: Magic Awakened kini tersedia di PC, iOS & Android!

Harry Potter: Magic Awakened kini tersedia di PC, iOS & Android!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd