Pada awal bulan Julai lalu, kita digemparkan dengan Top Streamer PUBG, iaitu Shroud, di ban kerana teaming dengan hacker. Dengan selamba dia naik kereta terbang hacker tu, dan membunuh mereka yang lain. Antara sebab kenapa Shroud melakukan perkara sedemikian adalah, Shroud penat akan Blue Hole yang tidak mencuba sedaya upaya mereka menghapuskan pemain yang menggunakan hack di dalam game.
Kali ini, Shroud kembali. Tetapi, kali ini, Shroud membunuh hacker yang Shroud jumpa. Semalam, semasa Shroud stream bermain PUBG, dia berjumpa dengan seorang hacker menaiki kereta terbang di map Sanhok. Ramai penonton Shroud berkata yang pemilik akaun hacker tersebut mempunyai banyak akaun yang lain untuk mengelakkan dirinya dari di ban selama-lamanya. Kata Shroud, “Sudah, cukup cukup sudah”, he’s had enough.
Dengan tidak rasa bersalah, Shroud mengatakan yang dia boleh membunuh hacker tersebut. Hanya dua tembakan, dan hacker tersebut mati. Shroud juga membunuh penumpang hacker untuk langkah keselamatan. Shroud juga berkata secara fed-up yang:
“He’s just gonna keep flying and killing us, flying and killing us,”
Dan kemenangan untuk hacker bila Shroud berkata:
“I’m done. I’m not playing anymore.”
Aku rasa, sampai ke sudah masalah hacker dalam PUBG ni takkan berakhir. PUBG Corps. ataupun Blue Hole perlu memikirkan satu cara yang paling efektif supaya hacker semua takkan kembali setelah di ban. Apa pendapat korang pulak?
@gamersantaimy
Discussion about this post