Semalam, aku dapat info dari salah seorang rakan aku, dan dia terjumpa satu software Playnite. Haa, apa benda Playnite ni. Ianya merupakan satu open source library game manager. Fuh, mesti korang tak faham kan? Takpe, kalau korang nak tahu Playnite ni apa, teruskan bacaan korang ye. Aku akan terangkan apa fungsi Playnite ni, di bawah.
Matlamat Playnite adalah meletakkan kesemua game korang, tak kisah dari Steam ke, Uplay ke, Battle.net ke, ke dalam satu library sahaja. Kiranya, game yang korang beli dari apa sahaja platform, korang boleh import masuk ke dalam Playnite ni.
Bukan tu je, malah, user interface untuk Playnite ni, ringan. Walaupun storage library yang besar. Selain daripada itu, ia juga selamat sebab Playnite tak menyimpan apa-apa informasi peribadi pengguna. Playnite jugak menyokong emulator konsol dan korang boleh customize theme Playnite korang.
Semalam aku dah cuba software Playnite ni, dan pada pandangan aku, takdelah best mana pon, cuma, ye lah, dia mampu letakkan semua game yang korang beli tu ke dalam satu library. Oh, lupa aku nak sebut pasal full-screen mode dia, sangat ringan, tak berat sebagaimana full-screen mode Steam. Aku rasa macam lebih kurang je bab game initiation, sebab bila korang tekan dekat satu game tu, dia akan bukak jugak Steam ataupun mana-mana platform.
@gamersantaimy
Discussion about this post