Beberapa minggu dan bulan yang lepas, banyak berita yang kita dengar akan GPU terbaru dari Nvidia selepas Pascal. Walaubagaimanapun, kali ini, aku dapat berita yang Nvidia ingin tease sesuatu pada hari sebelum Gamescom 2018 berlaku. Nak tahu apa kemungkinan yang berlaku? Teruskan bacaan korang.
Off-site event ini dijadualkan berlaku pada Ogos 20, 2018 sebelum berlansungnya Gamescom 2018. Dari apa yang cuba disampaikan, aku sara kemungkinan akan ada satu hardware yang baru dari Nvidia, walaupun Nvidia tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Tetapi, dikatakan yang ramai akan menjulang GeForce semasa berlangsungnya Expo Game terbesar dunia.
Kalau itu tak cukup, Nvidia juga menjanjikan kejutan semasa acara tersebut. Kata Nvidia lagi:
” Acara tersebut akan dipenuhi dengan hands-on demo yang baru, eksklusif dan ianya merupakan game yang hangat akan datang. Juga persembahan pentas dari game developer yang besar, juga kejutan spektakular!”
Jadi, tanda kalendar korang, mungkin Nvidia akan lakukan live semasa acara tersebut. Kita tak tahu apa yang ingin diumumkan atau ditunjukkan, tetapi aku sangat berharap akan kehadiran GPU yang baru. Selepas Pascal, mungkin Turing, ataupun, Ampere. Ah, tak kisah lah, lagi sekali aku ingatkan Ogos 20 ye~
Sumber: PC Gamers
@gamersantaimy
Discussion about this post