Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Server MEGA MAN x DiVE dibuka jam 12PM ini dan dah boleh dimuat turun di Mobile!

Muat turun sekarang dan berpeluang memenangi ROG Phone II!

Nyny.A by Nyny.A
March 24, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Server MEGA MAN x DiVE dibuka jam 12PM ini dan dah boleh dimuat turun di Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Hampir seminggu lebih kami mengongsikan review CBT Mega Man x DiVE (ROCKMAN X DiVE), hari ini secara rasmi permainan lagenda yang diberi nafas baru ini dilancarkan secara rasmi di Mobile! Ya, anda kini boleh memuat turun permainan ini di Google Play Stor dan iOS, tetapi untuk pengetahuan anda, server permainannya akan secara rasmi dibuka jam 12pm ini!

Jadi pada sesiapa yang dah bosan sangat cari game mobile nak dimainkan musim-musim kuarantin COVID-19 ini, dah boleh lah memuat turun permainan menembak peringkat  ke peringkat ini bersama rakan-rakan anda! Pada yang dah pre-register tu, jangan lupa pelbagai ganjaran termasuk watak Alia menanti anda di Mega Man X DiVE!

Bukan itu sahaja senjata S-Rank juga menjadi ganjaran pada siapa yang pre-register sebab orang yang mendaftar melebihi 500ribu pemain! Wow memang menarik kesemua ganjaran kan? Jangan risau pada yang terlepas untuk mendaftar, anda boleh kayuh pelahan-lahan dengan tenang untuk mendapat barangan hebat permainan ini okay!


Permainan menembak 3D ini mengisahkan dunia komputer di mana data permainan “Mega Man X Series” disimpan dan kelihatan tidak normal, semua watak dari siri permainan akan muncul dalam “Mega Man X Dive”; dan itulah sebabnya Black Zero di X2 juga akan bergabung.

Upgrade hero-hero anda bagi menyesuaikan ke setiap peringkat dan menjadi yang terkuat, bukan setakat watak, senjata yang mempunyai pelbagai rank dan bermula dari 0 boleh diupgrade sehingga menjadi yang terkuat! Teringin nak dapat senjata S-Rank? Mungkin anda juga berpeluang mendapatkannya di Capsules yang tersedia dan membukanya menggunakan Elemental Chip!

Anda tak perlu ragu-ragu lagi untuk memuat turun permainan ini kerana hampir kesemua wata Mega Man dalam seluruh siri terdapat dalam Mega Man X DiVE! Anda nak bermain peringkat ke peringkat, Co-Op, Versus, lawan Boss dan pelbagai lagi semuanya tersedia dalam permainan ini! Jujur ini memang sebuah permainan yang akan menghilangkan kebosanan anda!


Cabutan Bertuah Mingguan untuk Perayaan Pelancaran Secara Rasmi dimulakan!

Untuk meraikan Mega Man X DiVE dilancarkan secara rasmi, semua pemain akan dapat memperoleh sejumlah besar hadiah sebaik mereka masuk ke dalam permainan. Lebih-lebih lagi, selagi pemain membuat akaun dan mencapai matlamat tertentu sebelum 13 April 23:59 (UTC + 8), pemain akan mendapat peluang untuk menang “ROG Phone II”! Ingin membawa pulang telefon gaming terbaik? Lebih awal anda menyertai kami, semakin banyak peluang anda mendapat kemenangan!

Jadi jangan lupa untuk memuat turun permainan ini sekarang dan jangan terlepas untuk menjadi pemain terawal bermain Mega Man X DiVE! Ikuti Facebook mereka juga untuk pelbagai kemaskini terbaru!

Muat turun di sini
Mega Man X DiVE (Rockman X DiVE)
Publisher: CAPCOM Taiwan
Developer: CAPCOM
Release Date: 2020-03-24
Android, iOS
Mega Man X DiVE (Rockman X DiVE) merupakan sebuah permainan platform dari siri Mega Man X yang dibangunkan oleh CAPCOM Taiwan untuk platform iOS dan Android.
Tags: AndroidCapcomiOSMega Man X DiVEPermainan MenembakRockMan X DiVE
Previous Post

[PENDAPAT GS] All Might harus mati agar Deku boleh jadi HERO TERBAIK!

Next Post

MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON akan dikeluarkan di PS4 pada 30 Julai 2020!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON akan dikeluarkan di PS4 pada 30 Julai 2020!

MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON akan dikeluarkan di PS4 pada 30 Julai 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd