My Hero Academia menceritakan kisah Izuku Midoriya (Deku) untuk menjadi superhero terhebat dalam sejarah sama seperti idolanya, All Might, hero nombor 1 di dunia. Sejak dipilih oleh All Might untuk menjadi pewaris kuasanya, One For All, Deku dan All Might telah menjadi pasangan yang tidak dapat dipisahkan, ketika hero unggul ini menjadi mentor kepada bakal penggantinya. Walau bagaimanapun, jalan cerita manga dan anime telah banyak berubah sejak My Hero Academia bermula dan akan memberi tragedi yang tidak disangka kepada peminat. Memang tidak boleh dielakkan: All Might harus mati, agar Deku boleh menjadi hero terhebat.
Idea bahawa All Might harus mati bukanlah pendapat semata-mata dan sebenarnya sesuatu yang sudah diterapkan ke dalam mitos My Hero Academia. Kuasa One For All mempunyai sejarah yang sangat tragis. Anime telah menyentuh isu ini beberapa kali, dan story arc manga yang paling terkini telah mendalami perkara ini. Tanpa mendedahkan apa-apa spoiler besar, kita sekarang tahu bahawa tradisi pengguna-pengguna One For All adalah untuk mati secara tragis di tangan antagonis, All For One, yang bertentangan dengan One For All. Malah, salah satu penemuan terbesar Deku dan All Might capai ialah fungsi kuasa ditentukan oleh cara bekas-bekas pengguna:
- Ramai bekas pengguna One For All menerima kuasa daripada seorang hero yang hampir mati, dan mewariskannya kepada individu yang terdekat. Pengguna tersebut tidak boleh mengakses kuasa penuh One For All.
- Beberapa pengguna (seperti All Might and Deku) secara peribadi dipilih untuk menerima kuasa ini kerana perwatakan mereka, dan mendapat akses kepada kuasa penuh.
Malah apabila kuasa One For All secara sukarela dihantar ke “orang yang dipilih,” mereka akan akhirnya dibunuh oleh All For One – seperti mentor All Might, Nana Shimura. Latar belakang rumit ini membentuk corak yang sangat jelas dan sukar untuk dielakkan.
Baiklah, beberapa peminat My Hero Academia mungkin berpendapat bahawa Deku berjaya memecahkan kitaran tragis ini dengan menyelamatkan All Might dan mengalahkan All For One. Ini adalah hujah yang adil dan akan diteroka secara terperinci tidak lama lagi. Di sini, saya ada beberapa bantahan jelas kepada idea tersebut:
- Toshinori Yagi (All Might) sedang perlahan-lahan mati sejak siri ini bermula. Kemenangan besar pertama All Might ke atas All For One mengakibatkan tubuhnya cedera dengan teruk dan tidak boleh disembuh.
- My Hero Academia telah melihat kehilangan tragis seperti Mirio yang kehilangan kuasa dan kematian Sir Nighteye.
Dengan sebuah peperangan besar yang sedang berlaku di manga My Hero Academia, nampaknya kisah Deku hanya akan bertambah rumit. Untuk Deku, pelajar-pelajar di U.A., dan Hero-Hero lain, mereka akan menghadapi peperangan paling besar dalam hidup mereka dengan gabungan League of Villains dan Meta Liberation Front. Semestinya peperangan ini akan berakhir dengan satu kehilangan besar. Adakah kita akan lihat kematian All Might di sini? Peminat hanya mampu menunggu babak seterusnya..
@gamersantaimy
Discussion about this post