Masih ingat tahun lalu kami ada mencuba Ujian Beta Tertutup (CBT) Mega Man X Dive? Kali ini kami berpeluang sekali lagi mencuba permainan Mega Man X Dive dari Capcom untuk berberapa hari sebelum Capcom akan melancarkan secara rasmi permainan ini di Android dan iOS!
Bagi percubaan ujian kali ini, masih tiada banyak perbezaan dari yang pertama. Tetapi jangan risau, RiCo sentiasa akan datang membantu dan membawa senjata serta watak baru dalam ujian kali ini. Walau bagaimanapun, kami tetap akan mengongsikan pengenalan permainan Mega Man X Dive semula.
Pengenalan
Siri yang terbaru untuk permainan video menembak yang pernuh aksi menampilkan lagenda X dan Zero serta lagenda yang lain menakhluk semula dunia internet yang diberikan nama “Deep Log”. Suatu hari Deep Log telah menjadi satu kesilapan tanpa jelas apa sebab yang terjadi menyebabkan data permainan “Mega Man X” tidak dapat berfungsi lagi. Disebabkan hilang ingatan, hero lagenda X dan Z menyelesaikan misi data ini!
Aksi dan Kawalan
Seperti yang disebut diatas, tiada yang berbeza tindakan kawalannya dari beta pertama yang kami cuba. Segala aksi Mega Man yang termasuk kawalan butang berlari laju, melompat dan menembak laser sabernya boleh disuaikan! Pelbagai aksi menembak yang boleh dipilih diantara senjata utama dan kedua. Setiap pertempuran membenarkan kita untuk menukar senjata yang kita mahukan.
Lebih bagus dalam permainan ini, setiap tembakan adalah sasaran automatik dan menembak secara 360°. Cara unik pengoptimuman permainan ini dari segi penggerakan adalah sangat lancar! Bagi anda yang berjari besar, jangan risau, penyesuaian tetapan untuk butang kawalan adalah tersedia untuk dikustom!
Berbeza dari siri-siri Mega Man yang lama, Mega Man X DiVe mempunyai banyak watak hero untuk dimainkan dari kelas- S, kelas- A, B hingga lah paling rendah! Jadi memang penyesuaian setiap hero adalah penting pada setiap tahap kerana kesemuanya ada kesusahannya yang tersendiri.
Kami bertuah kerana kali ini mendapat hero kelas-S ketika mencuba membuka capsule dan hero yang kami maksudkan adalah Black Zero!
“Level power” setiap hero haruslah disuaikan dengan setiap tahap pusingan yang kita lalui. Andai kata level power hero anda tidak mencukupi untuk tahap tersebut, agak sukar untuk anda menyelesaikannya. Jadi sebelum memulakan tahap tersebut, anda haruslah menaikkan level watak hero dan skil mereka yang boleh ditetapkan seperti skills, stars dan shapes. Disebabkan ianya seperti Gatcha Game, setiap hero haruslah di level up dan diupgrade, tetapi kepayahannya ianya bermula dari kosong! Jadi pemain haruslah berusaha untuk menguatkan hero anda untuk ke peringkat lebih tinggi dalam permainan.
Juga termasuk senjata pemain yang dapat dinaikan taraf tahapnya dan upgrade kuasanya dari segi “Attack, HP, CRI, Hit dan Luck”! Jika kesemua ini telah dinaikkan levelnya, ‘Total Power’ ataupun kuasa keseluruhan akan stabil mengikuti tahap setiap yang diperlukan peringkat-peringkat.
Sama seperti permainan masa kini, pemain akan dapat misi harian untuk diselesaikan. Setiap misi yang diselesaikan sudah tentulah mendapat ganjaran betul tak!
Juga pemain dapat menyelidik senjata di Lab. Dari lab kita memerlukan beberapa pengumpulan barangan dari permainan untuk memulakan eksperimen. Jika barangan yang dikumpulkan telah lengkap, kita boleh memulakan penyelidikkan dan hasilnya mendapat ganjaran yang hebat!
Tidak terlupa Boss yang akan anda tewaskan pada setiap hujung tahap! Mereka akan tiba dengan tanda amaran kepada kita. Setiap boss yang kita tewaskan membenarkan kita untuk menerima senjata atau skil yang digunakan mereka dan gunakan Chip anda! Kemudian kita turut boleh menggunakan senjata tersebut untuk hero kita sendiri! Pada masa ini lah menggunakan skil ini untuk menewaskan musuh yang menghalang perjalanan kita!
Selain itu turut ada mod BOSS Chips! Mod ini adalah perlawanan diantara Bos-bos yang kita pernah tempuhi dalam hujung setiap level. Tetapi dalam mod ini, anda harus mengikut level anda untuk meneruskan perlawanan dengan mereka.
Dalam beta kali ini, memang ternyata lebih banyak senjata telah ditambah tidak kiralah jenis pedang, buster atau beam saber! Pelbagai pilihan dari tahap paling tinggi hingga rendah untuk anda pilihkan!
Mod Co-op & Versus
Menariknya ujian kali ini, setelah tiba di level 18, pemain dapat bermain dalam mod Co-op dan PvP dengan pemain lain. Dari situ anda boleh memilih watak untuk bertempur dengan pihak lawan melalui dalam talian.
Ini adalah pertama kali sistem co-op dimasukkan dalam siri Mega Man X. Jadi ni memang menariklah untuk bermain level yang susah bersama rakan-rakan! Buat masa ini memang terdapat peluang untuk kita mendapatkan barangan ‘farming’ untuk armor. Jadi kita dapat bekerjasama di setiap peringkat tetapi untuk diingatkan bukan di peringkat yang asal. Tidak banyak dapat diceritakan disini untuk mod ini, kerana masih tidak dapat melawan bos pun dalam ni. Juga isu sambungan talian dan frame drop juga menjadi masalah dalam mod co-op ini.
Kemudian beralih pada PvP atau mod Versus dimana kami dapat menggunakan watak-watak yang telahdi naik taraf dan memaparkan pelbagai kemahiran untuk mengalahkan lawan kita. Hanya terdapat 1v1 buat masa ini, dan peringkat agak besar dengan banyak platform untuk kita menyorok, mengelak atau menyerang terus pihak lawan. Kalau dapat bermain lebih lama sedikit dalam mod ini mesti agak seronok sedikit apabila dapat menghafal peringkat-peringkatnya. Sebab dalam masa yang sama dalam peringkat terdapat barangan yang akan memulihkan HP. Selain itu, mod ini seolah-olah mempunyai tahap level untuk disesuaikan, tetapi ‘rarity’ setiap watak boleh menjadi masalah (contohnya watak kelas S hanya boleh menewaskan kelas A dan merosakkan 50% HP untuk watak dari kelas-A)! Jadi memang agak sukar selagi tahap tidak disuaikan dengan betul.
Kesimpulannya~
Siapa yang meminati permainan Mega Man dari siri yang lama hingga kini pasti akan menyukai Mega Man X Dive! Sebab memang memuaskan apabila keseluruhan hero disediakan dalam permainan ini walaupun hanya di telefon pintar! Menggunakan hero kesukaan untuk melepasi peringkat mesti lebih mencabar dengan segala naik taraf yang diperlukan.
Buat masa ini, hanya mod co-op dan versus perlu dinaik taraf agar menjadi lebih lancar selepas pelancaran. Juga jika mod co-op kita dapat bersama rakan menewaskan bos lebih menarik disitu sebenarnya. Itu bermakna, kedua mod ini pasti akan menjadi lebih menarik apabila dilancarkan nanti! Jadi, anda semua jangan terlepas tarikh pelancaran rasmi Mega Man X DiVe untuk hadir di platform Android dan iOS pada 24 Mac 2020 ini! Lebih menarik kini permainan ini mencecah 500 ribu pra-pendaftaran dan anda boleh bersama mendaftar dan dapatkan ganjaran yang hebat! Bila dah muat turun dah main tu jangan lupa kongsikan pada kitorang pengalaman korang okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post