Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai platform rasmi untuk korang layan anime secara HALAL!

Maira by Maira
October 20, 2021 - Updated on January 24, 2023
in Amazon Prime Video, Anime, Artikel, Berita, Netflix, YouTube
0 0
0
Senarai platform rasmi untuk korang layan anime secara HALAL!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa dulu yang tengok anime yang ada banyak bahagian kat Youtube? Mesti ramai kan! Memang susah betul nak tengok anime dulu lagi-lagi dengan orang yang pandang rendah dekat kita peminat anime ni. Sekarang bukan main ramai lagi yang suka tengok anime! Sampai banyak platform yang menyediakan siri-siri anime untuk kita tonton. Nak tau platform apa yang ada? Jom tengok senarai platform rasmi untuk korang tonton anime!

Netflix

Netflix, ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1997, adalah salah satu platform streaming video yang paling terkenal dan popular di dunia. Ia menawarkan perkhidmatan streaming dalam talian di sekitar 200 negara dan terdapat pelbagai pilihan anime. Anda boleh melanggan Netflix dengan harga serendah RM 17 sebulan. Anime baru juga kini diedarkan secara eksklusif oleh Netflix.

iflix

Iflix adalah perkhidmatan video percuma dan langganan yang tertumpu pada pasaran baru muncul. Ibu pejabat globalnya berada di Kuala Lumpur, Malaysia. Jika anda ingin melihat kandungan ekslusif iflix, anda boleh melanggannya dengan harga RM 10 sebulan. Tetapi kebanyakkan anime adalah percuma untuk ditonton.

iQiyi

iQiyi merupakan platform penstriman terbaik dan terbesar Asia dengan senarai tontonan ekslusif drama dan filem dari China, Korea, tempatan dan juga anime hebat! Anda boleh strim secara percuma atau membuat langgan VIP untuk tontonan tanpa iklan serendah RM0.06 sehari. Ini merupakan platform yang paling berbaloi untuk anda langgan malah ia juga mempunyai senarai-senarai anime terbaru!

RelatedPosts

The Witcher 3: Wild Hunt – Remastered Diumumkan Bersama Free Upgrade, Expansion Baru Akan Tiba Pada 2027

Demo Onimusha: Way of the Sword Terima Update Besar; Turut Tersedia Di Switch 2

Mega Man: Dual Override Tampil Dengan Gandingan Proto Man; Boss Twinkle Girl

Viu

Viu merupakan platform yang terkenal dengan rancangan drama dari Korea, Jepun, Taiwan dan banyak lagi secara percuma. Barisan anime pada platform ini juga hebat-hebat semuanya. Anda juga boleh melanggan Viu dengan harga berpatutan iaitu RM 10 sebulan.

Aniplus Asia

Platform Aniplus Asia merupakan platform yang tersedia dalam Variety Pack untuk Astro Go. Jadi anda perlu melanggannya melalui Astro. Platform ini membawa banyak kandungan-kandungan anime dan budaya J-pop serta tayangan eksklusif serta-merta selepas tayangan Jepun pada setiap minggu sepanjang tahun.

Bilibili

Bilibili ini hampir sama dengan Youtube tetapi ia merupakan platform khas dari China. Ia juga kini mempunyai barisan anime terkini untuk anda layan secara percuma. Ia juga mengandungi banyak anime yang dihasilkan oleh Bilibili tau.

Amazon Prime Video

Amazon Prime Video adalah perkhidmatan penstriman video yang tersedia untuk ahli Amazon Prime. Semua ahli Amazon Prime yang berdaftar mempunyai akses ke kandungan, yang merangkumi filem dan rancangan TV dari pelbagai genre. Untuk melihat kandungan Video Prime, anda perlu melanggannya dengan harga RM 25 sebulan.

Crunchyroll

Rata-rata semua mesti kenal dengan platform Crunchyroll ini. Ia merupakan salah satu platform terkenal dengan barisan anime terbaik sepanjang masa. Crunchyroll bukan sahaja membolehkan anda menonton anime malah anda juga boleh membaca manga yang tersedia pada platform itu. Untuk menikmati semua kandungan di platform ini, anda boleh melanggan rancangan Premium yang berharga serendah RM 32.99.

Youtube

Youtube juga membolehkan korang untuk tengok anime dengan kualiti yang bagus tau! Tak payah lagi nak tengok anime yang ada banyak bahagian tu. Ada beberapa channel rasmi yang akan menayangkan anime terbaru malah anime lama untuk korang layan secara percuma. Berikut adalah channel yang anda boleh subscribe di Youtube:

  • Muse Malaysia – jika anda ingin tonton menggunakan sari kata bahasa Melayu.
  • Muse Asia – untuk anime dengan sari kata Inggeris.
  • Ani-One Asia – anda perlu menyertai ULTRA untuk tonton kandungan anime khas.
  • Bilibili – Untuk anime yang dihasilkan oleh Bilibili.
  • Pokemon Asia ENG – Untuk tonton anime Pokemon.
  • Gundam Info – Untuk tonton anime Gundam.

Platform-platform yang kami kongsikan kali ini harap berguna untuk korang semua. Kalau ada platform lain yang kami terlepas, jangan segan silu untuk bagitau dekat kami di ruang komen. Senarai ini akan sentiasa dikemas kini supaya mudah dirujuk oleh peminat anime yang lain. Kami juga ada senaraikan platform untuk sesiapa yang suka membaca manga dan manhwa. Untuk liputan lain mengenai anime, anda boleh klik pada pautan ini.

Tags: Amazon Prime VideoanimeAniplus AsiaBilibiliCrunchyrolliflixiQIYInetflixPlatform rasmiViuyoutube
Previous Post

Dragon Ball: Adakah Vegeta seorang bapa yang lagi bagus dari Goku?

Next Post

God of War rasmi datang ke PC Steam dan Epic Games pada 14 Januari 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Witcher 3: Wild Hunt – Remastered Diumumkan Bersama Free Upgrade, Expansion Baru Akan Tiba Pada 2027
Remastered

The Witcher 3: Wild Hunt – Remastered Diumumkan Bersama Free Upgrade, Expansion Baru Akan Tiba Pada 2027

August 26, 2026
Demo Onimusha: Way of the Sword Terima Update Besar; Turut Tersedia Di Switch 2
Demo

Demo Onimusha: Way of the Sword Terima Update Besar; Turut Tersedia Di Switch 2

August 26, 2026
Mega Man: Dual Override Tampil Dengan Gandingan Proto Man; Boss Twinkle Girl
Berita

Mega Man: Dual Override Tampil Dengan Gandingan Proto Man; Boss Twinkle Girl

August 26, 2026
Next Post
God of War rasmi datang ke PC Steam dan Epic Games pada 14 Januari 2022!

God of War rasmi datang ke PC Steam dan Epic Games pada 14 Januari 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd