Hari ini, Nintendo mengadakan siaran langsung Nintendo Direct Mini yang mengumumkan pelbagai permainan video baru, remake, dan DLC akan datang ke Nintendo Switch pada tahun 2020, termasuk judul-judul klasik seperti XCOM 2, BioShock, dan Borderlands. Untuk maklumat lanjut tentang ketiga-tiga game di atas, anda boleh klik di sini. Senarai permainan video yang diumumkan oleh Nintendo sangat menarik dan lebih mengejutkan adalah ada beberapa permainan yang telah dilancarkan hari ini! Marilah kita lihat antara pengumuman-pengumuman terbesar:
Xenoblade Chronicles: Definitive Edition akan keluar pada 29 Mei bersama dengan gameplay baru untuk port Switch akan datang.
Pengumuman game teka-teki baru oleh Nintendo bernama Good Job! mengharuskan pemain yang mencari jalan melalui persekitaran pejabat dengan gaya visual yang menyerupai tanda-tanda keselamatan. Ia dilancarkan hari ini.
Burnout Paradise Remastered akan datang ke Nintendo Switch, berikutan pelancarannya pada PS4, Xbox One, dan PC tahun lepas. Ia akan keluar pada lewat 2020 nanti.
Dua port game Star Wars klasik didedahkan: Star Wars Jedi Knight: Jedi Academy sudah tersedia di Switch bermula hari ini, manakala game klasik arked Star Wars Episode I: Racer akan tersedia pada akhir tahun ini untuk Switch.
Catherine: Full Body akan datang ke Switch pada 7 Julai, selepas keluaran di PlayStation 4 tahun lepas. Port baru ini akan menggembirakan hati peminat yang kecewa dengan pembatalan versi PSVita dengan menawarkan konsol mudah alih baru untuk bermain.
Bagi sesiapa yang terperangkap di rumah dan mencari sesuatu yang seronok untuk dimainkan, Nintendo juga mengumumkan beberapa permainan, demo dan kemas kini yang dibebaskan hari ini untuk pemain memuat turun, seperti pelancaran Panzer Dragoon: Remake dan Shinsekai: Into the Depths.
@gamersantaimy
Discussion about this post