Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Catherine: Full Body Review – Di sana menanti, di sini menunggu!

Catherine kekal mantap seperti tahun 2011.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 17, 2019
in Anime, Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Catherine: Full Body Review – Di sana menanti, di sini menunggu!
Share on FacebookShare on Twitter

Catherine: Full Body pada dasarnya adalah versi yang lebih bagus daripada asal yang dihasilkan oleh Atlus. Lebih banyak cutscene, lebih banyak watak, lebih banyak muzik, lebih banyak level, lebih banyak pemain menggambarkan Catherine: Full Body dengan sempurna. Apa lagi.. puzzle? Game ini mempunyai banyak lagi puzzle!

Jalan cerita yang berkisarkan cinta yang sukar dipilih!

Kamu bermain sebagai Vincent: seorang lelaki berusia 32 tahun yang berada di dalam hubungan tetapi bangun tidur dengan seorang wanita lain pada permulaan cerita. Penggunaan Vincent sebagai watak dan metafora untuk komitmen masih dipertikaikan tetapi saya fikir pasukan di belakang Catherine mampu memberi jalan cerita yang realistik, mengharukan, dan mudah difahami.

Kebanyakan bahagian naratif berlaku di The Stray Sheep, sebuah bar di mana pemain boleh rehat,  berbual dengan pelanggan lain dan rakan-rakan, dan menjawab mesej daripada bakal kekasih yang meningkat daripada dua hingga tiga dengan penambahan Rin. Kadang-kadang kamu mendapat peluang untuk membuat pilihan yang memberi kesan kepada cerita dan menumpukan perhatian kepada salah satu daripada 13 kesimpulan.

Untuk membantu memudahkan jalan cerita baru, lebih banyak lagi adegan anime telah ditambah, dan gaya visual yang tersentuh kelihatan seperti di-remaster. Sesetengah latar belakang di dalam arena juga kelihatan lebih baik.

Permainan platform yang boleh diselesaikan dalam pelbagai cara!

Masa untuk bahagian puzzle yang susah! Setiap malam, Vincent akan pergi ke “Nightmare,” satu siri labirin menegak yang dipenuhi dengan kiub. Dengan sistem kawalan yang mudah: bergerak dengan menggunakan joystick, satu butang untuk menarik atau menolak blok, dan satu butang untuk power-up –  kamu perlu menggunakan blok di sisi dan mendaki hingga ke bahagian atas untuk menggelak daripada jatuh ke lembah azab atau dimakan oleh raksasa di labirin.  Apabila kamu berjaya habiskan satu level, Vincent akan bangun dan proses itu akan ulang sehingga dia tahu mengapa perkara ini berlaku.

Memandangkan set peraturan yang unik untuk fizik blok ini dan bilangan jenis yang berbeza dalam permainan, terdapat banyak cara untuk menyelesaikan setiap level. Aksi di dalam game juga berjalan dengan ritma yang lancar, atas perasaan mendesak untuk menyelesaikan peringkat. Memang hebat idea ini sehinga memaksa diri kita sendiri untuk berfikir daripada luar kotak.

Bersaing untuk cinta terlarang bersama kawan!

Antara ciri yang kekal menarik dalam Catherine: Full Body adalah multiplayer. Multiplayer diaktifkan secara online dan tersedia serta-merta tanpa harus menyelesaikan kempen, dengan penambahan level baru. Local play juga hadir dengan pilihan untuk bermain bersama atau versus.

Kesimpulan?

Catherine: Full Body masih mengandungi banyak cacat calar daripada asal tetapi telah menggandakan jumlah kandungan yang masih merupakan berita gembira. Sekiranya kamu sudah selesai yang asal, saya sarankan kamu bermain versi baru untuk tahu jalan cerita baru serta kesimpulannya yang memang korang tak jangka! Catherine: Full Body telah keluar di pasaran dan untuk pelantar PS4 dan PS Vita. Harap kamu tabah mengejar cinta wanita pilihan!

The Review

Catherine: Full Body

7 Score

Catherine: Full Body adalah remake yang menambah nilai yang sangat besar dan memberi penonton satu lagi peluang lain untuk menikmati game ini.

Review Breakdown

  • Boleh diakses oleh semua pemain tanpa mengira tahap kemahiran dan mempunyai cerita yang mendalam dan memukau. 0
Tags: Catherine: Full BodymultiplayerPS VitaPS4The Stray Sheepvincent
Previous Post

DEMO permainan CONTRA: ROGUE CORPS kini boleh didapati di PlayStation 4 dan Xbox One!

Next Post

KING’S LEAGUE II nampaknya bukan setakat hadir di Steam, tetapi juga di APPLE ARCADE!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
KING’S LEAGUE II nampaknya bukan setakat hadir di Steam, tetapi juga di APPLE ARCADE!

KING'S LEAGUE II nampaknya bukan setakat hadir di Steam, tetapi juga di APPLE ARCADE!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd