Kalau anda jenis yang banyak tengok anime, mesti anda akan jumpa beberapa anime yang suka parodikan siri anime yang lain. Ada juga yang menggunakan aksi atau gaya lawan dalam anime yang popular. Kali ini, kami ingin kongsikan senarai anime popular yang banyak parodikan anime lain! Tanpa buang masa jom tengok senarai tersebut!
Gintama
Sebagai salah satu anime paling popular di Jepun, Gintama melakukan sesuatu benda menggunakan parodi yang luar biasa dalam penceritaannya. Gintama sering parodikan watak-watak dalam anime Shounen yang lain seperti Dragon Ball, One Piece, Evangelion dan banyak lagi. Disebabkan Gintama merupakan salah satu siri anime komedi, memang tidak pelik dengan pertarungan mereka yang lucu dan kadang-kadang hebat dan serius. Jika anda masih belum menontonnya, boleh mulakannya hujung minggu ini.
Hayate the Combat Butler
Hayate the Combat Butler mengikuti kisah Ayasaki Hayate, yang ditinggalkan oleh ibu bapanya dengan hutang yang banyak. Dia telah membuat keputusan untuk larikan diri sehingga dia berjumpa dengan Nagi Sanzenin, seorang gadis dari keluarga yang sangat kaya. Salah faham telah berlaku yang menjadikannya seorang Butler kepada Nagi. Pada mulanya ia seperti sebuah anime yang serius tetapi ia penuh dengan adegan-adegan lucu kerana ramai yang inginkan harta keluarga Sanzenin. Aksi perlawanannya juga kadang-kadang tidak masuk akal. Ada satu adegan yang betul-betul sama macam perlawanan kad Yu-Gi-Oh! dan banyak lagi anime lain. Tetapi hanya musim pertama dan kedua sahaja, Cuties tidak mempunyai sebarang parodi dalam siri ini.
Lucky Star
Lucky ☆ Star adalah anime mengenai seorang gadis yang suka anime. Izumi Konata mungkin seorang pelajar sekolah, tetapi dia lebih suka menghabiskan waktunya dengan membaca manga, bermain permainan video, dan tentu saja menonton anime daripada belajar. Disebabkan Konata suka anime dan manga, Lucky ☆ Star sentiasa membuat parodi dalam anime itu. Mereka menggunakan siri dan manga yang lama seperti The Disappearance of Haruhi Suzumiya dan Code Geass.
Jashin-chan Dropkick
Jashin-chan yang merupakan demon dari alam ghaib telah dipanggil ke Bumi oleh Hanazono Yurine. Lebih lawak apabila Yurine tidak tahu bagaimana ingin menghantar Jashin kembali ke tempat asalnya. Kini dia tinggal bersama Yurine di Bumi. Di sinilah bermulanya kekecohan dengan Jashin yang sering ingin membunuh Yurine tetapi gagal. Dalam merancang untuk membuat sesuatu, anda boleh lihat Jashin bertukar-tukar reka bentuk menyerupai watak anime lain. Jashin-chan Dropkick antara anime komedi yang ramai ketinggalan dan ia merupakan anime yang menghiburkan. Anda boleh cuba menontonnya!
Osomatsu-san
Parodi dalam Osomatsu-san antara kenapa ramai menontonnya. Dalam episod pertama anime itu, banyak parodi dilakukan dengan pantas seperti Attack on Titan dan Kuroko no Basket. Episod ketiga pula hampir sama dengan Anpanman sehingga episod itu terpaksa ditulis semula kerana ianya merupakan anime untuk remaja dan orang dewasa. Bukan itu sahaja, Osomatsu-san juga parodikan kartun seperti Simpsons dan juga budaya pop lain.
Sket Dance
Senang cerita Sket Dance ialah Gintama tetapi berlaku dalam sekolah dan pelajar-pelajar di situ. Sket Dance merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan untuk membantu pelajar lain. Siri ini mempunyai konsep yang sama dengan Gintama kerana ianya dihasilkan oleh mangaka yang pernah membantu dalam penghasilan Gintama. Jadi tidak peliklah kenapa ianya hampir sama. Terdapat satu episod khas di mana watak Gintama dan Sket Dance bertemu dan berlakunya kekacauan di situ dan ia sangat menyeronokkan.
Assassination Classroom
Assassination Classroom berkisahkan pelajar kelas 3-E di Sekolah Menengah Kunugigaoka yang diberikan tugas untuk membunuh guru mereka yang merupakan seekor raksasa. Raksasa yang diberi nama Koro-sensei pula menjadi guru di sekolah itu untuk dipantau dan juga mempunyai kebolehan yang luar biasa. Walaupun anime ini mempunyai plot yang asli, tetapi anda akan nampak aksi parodi yang dilakukan oleh Koro-sensei. Ini menambahkan elemen komedi kepada jalan penceritaannya.
Pop Team Epic
Pop Team Epic merupakan sebuah anime yang pelik tetapi mempunyai jenaka yang sering dikaitkan dengan budaya pop. Dengan dua protagonis, Popuko dan Pipimi, kita dapat melihat perkara rawak yang terjadi dan tidak masuk akal kadang-kadang. Anime ini juga banyak parodikan permainan seperti Pokemon dan Tales of Destiny. Bukan itu sahaja, beberapa anime dan video muzik juga tidak terlepas dari cengkaman anime ini.
Baru-baru ini juga kita dapat melihat “kamehameha” dalam Tensura dan mungkin juga ada anime lain yang saya terlepas pandang. Siri anime parodi apa yang anda pernah tonton selain daripada senarai anime ini. Boleh kongsikan kepada kami! Anda boleh lihat senarai anime lain dari kami seperti harem, sukan dan seram. Kalau anda sukakan perkongsian ini, anda boleh klik pautan ini untuk kandungan anime yang lain dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post