Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kemas kini pertama eFootball 2022 ditangguhkan ke November!

Maira by Maira
October 25, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Kemas kini pertama eFootball 2022 ditangguhkan ke November!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami telah menangguhkan kemas kini kepada eFootball 2022 untuk memastikan peningkatan pengalaman bermain untuk semua pengguna permainan itu. Ia telah dilancarkan sebagai permainan percuma untuk dimainkan ke pelbagai platform.

Kemas kini yang terbaru ini sepatutnya tiba pada akhir bulan Oktober tetapi telah ditangguhkan ke bulan November kerana Konami memerlukan lebih masa dan mengatakan bahawa ia akan mengumumkan tarikh dan maklumat lanjut setelah ianya disahkan.

Update for our followers: pic.twitter.com/uCWiqitO52

— eFootball (@play_eFootball) October 22, 2021

“Kami ingin memaklumkan kepada pengguna bahawa kami telah memutuskan untuk menangguhkan kemas kini versi 0.9.1. hingga awal November. Kami memohon maaf atas kelewatan dan kesulitan yang berlaku. Harapan kami ialah masa tambahan yang diambil akan membolehkan kami memastikan pengalaman bermain ditingkatkan untuk semua pengguna kami, ” jelas pasukan Konami dalam satu kenyataan yang diterbitkan di Twitter.

“Kami akan mengumumkan tarikh dan perincian dengan segera setelah ia disahkan. Sementara itu, kami akan terus berusaha memperbaiki permainan dan berharap dapat bekerjasama dengan anda di eFootball 2022. Terima kasih atas kesabaran anda.”

RelatedPosts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

eFootball 2022 dilancarkan sebagai pengganti Pro Evolution Soccer yang baru dan percuma untuk dimainkan. Tetapi permainan itu dengan cepat menjadi salah satu permainan Steam yang paling teruk sepanjang masa. Review negatif yang diberikan pengguna rata-rata kerana ia mempunyai banyak bug, glitch dan perkara aneh lain yang memalukan. Konami telah mengeluarkan permintaan maaf awam untuk isu-isu yang dihadapi oleh pemain eFootbal 2022 semasa pelancaran dan berjanji akan menyampaikan kemas kini terbaru pada akhir bulan ini yang kini telah ditangguhkan.

“Kami sangat menyesal atas masalah yang dihadapi dan ingin meyakinkan semua orang bahawa kami memandang serius kepada semua masalah dan berusaha untuk memperbaiki keadaan semasa,” kata Konami pada waktu itu. “Permainan ini akan terus diperbarui, kualiti akan ditingkatkan dan kandungan akan ditambahkan secara konsisten. Mulai minggu depan dan seterusnya, kami akan mempersiapkan kemas kini pada bulan Oktober, sambil menerima pendapat lebih lanjut melalui soal selidik pengguna kami.”

Nampaknya kita terpaksa menghadap segala bug dan glicth pelik yang ada dalam eFootball 2022 sehingga kemas kini baru itu dilancarkan. Ramai yang mengeluh dengan penangguhan ini tetapi ianya langkah yang bagus kerana mereka dapat memberikan permainan yang lebih stabil. Kita juga sebagai pengguna dapat bermain dengan lebih selesa dan menyeronokkan. Apa pendapat anda tentang penangguhan ini? Boleh kongsikan kepada kami! Untuk liputan lanjut mengenai eFootball 2022, sila klik pautan ini.

Tags: eFootball 2022konami
Previous Post

Senarai anime popular yang suka parodi francais lain! Gerenti lawak!

Next Post

Demo percuma Resident Evil Village tersedia sekarang, bersama promosi diskaun!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Demo percuma Resident Evil Village tersedia sekarang, bersama promosi diskaun!

Demo percuma Resident Evil Village tersedia sekarang, bersama promosi diskaun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd