Pengguna Apple kini boleh mencuba permainan terbaru PlatinumGames, iaitu World of Demons. Permainan ini hanya tersedia khas di Apple Arcade untuk Mac, iOS, dan tvOS. Permainan aksi berkonsepkan dunia samurai ini dihasilkan dengan kerjasama DeNA sejak April 2018.
Video trailer diatas menunjukkan protagonis samurai World of Demons berhadapan dengan sejumlah musuh yokai, bertempur di landskap yang berapi-api, gunung yang diliputi salji, dan kuil-kuil yang indah. PlatinumGames memberi fokus pada pertempuran cepat, dengan pemain harus mengelak serangan musuh dan melakukan kombo dengan pedang.
“Untuk mengalahkan yokai, anda mesti menguasai mereka. Masuk ke dunia yokai yang misteri dengan permainan hack n ‘slash terbaru dari PlatinumGames, World of Demons.” kata Platinum dalam deskripsi video ringkas.
“Permainan ini diatur dalam persekitaran indah yang diilhamkan oleh karya seni tradisional Jepun dengan pemandangan cantik yang diambil dari cetakan blok kayu ukiyo-e,” jelas pasukan.
“Sepanjang perjalanan, mereka akan bertemu dengan sekumpulan samurai dan yokai, masing-masing dengan teknik dan kombo mereka sendiri. Pemain akan meningkatkan kemampuan mereka untuk mengalahkan semua musuh yang berdiri di hadapan, dan akhirnya menghadapi Shuten Doji, ketua yang menakutkan untuk segala oni.”
Permainan tersebut tidak memiliki microtransaction, dan buat masa ini permainannya tidak padat dengan musuh dan aktiviti. Seakan merasai pengalaman menentang yokai khas, mengutip jatuhan loot sehingga ke pertempuran dengan bos. Pemain juga akan dapat merekrut yokai yang mereka hadapi ke dalam pasukan dan membawanya dalam pertempuran melawan kuasa jahat.
Setiap tahap memiliki pencapaian, seperti menyelesaikan misi dalam waktu yang tertentu, menggunakan senjata khusus atau mencapai jumlah combo hit yang ditetapkan. Matlamat permainan amat jelas dan ini menjadikan jalan cerita permainan mudah difahami.
Apple Arcade kini semakin berkembang dengan luar biasa sejak beberapa bulan lalu. Ianya kini menjadi perkhidmatan langganan permainan mudah alih marquee dengan cara yang sama seperti PS Plus. Bagi pengguna Apple, anda kini boleh muat turun permainan World of Demons dengan menekan pautan AppStore dibawah. Jangan lupa untuk mencuba permainan terbaru khas ini di Apple Arcade.
@gamersantaimy
Discussion about this post