Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kamen Rider W mengesahkan anime pertama Fuuto Pi pada tahun 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 5, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Tokusatsu
0 0
0
Kamen Rider W mengesahkan anime pertama Fuuto Pi pada tahun 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Toei mengumumkan pada hari Sabtu lalu bahawa manga Kamen Rider Fūto Tantei akan mendapat adaptasi anime berjudul FUUTO PI yang bakal dilancarkan pada musim panas 2022. Disahkan oleh Funimation, projek anime ini adalah untuk memperingati ulang tahun ke-50 francais Kamen Rider.

Dihasilkan oleh Riku Sanjo dan Masaki Sato, FUUTO PI adalah manga sekuel untuk siri Kamen Rider W yang tampil di majalah Big Comic Spirits Shogakukan sejak 2017. Sekuel ini meneruskan kisah Kamen Rider W yang tamat pada tahun 2009.

Kamen Rider W adalah siri ke-11 dalam francais semasa era Heisei dan siri ke-20 secara keseluruhan. Ia mengisahkan seorang detektif bernama Shotaro yang bekerja dengan lelaki misteri bernama Phillip. Dengan menggunakan kekuatan masing-masing, kedua-duanya individu tersebut bergabung untuk membentuk Kamen Rider W dimana kedua-dua fikiran mereka berkongsi satu badan. Sehingga hari ini, ia masih kekal sebagai salah satu siri paling popular dalam francais.

Pada masa yang sama, Toei mengumumkan bahawa Kazuya Shiraishi akan mengarahkan Kamen Rider BLACK Sun, siri baru berdasarkan Kamen Rider BLACK. Siri ini akan dilancarkan pada musim bunga 2022, dan akan menjadi reboot yang dibuat khusus untuk menarik minat penonton dewasa. Siri asli Kamen Rider BLACK pada asalnya ditayangkan dari Oktober 1987 hingga Oktober 1988.

Jika anda terlepas, filem baru Shin Kamen Rider juga diumumkan akan keluar pada bulan Mac 2023! Filem ini akan diarahkan dan ditulis oleh pencipta Neon Genesis Evangelion dan pengarah bersama Shin Godzilla, Hideaki Anno.

Selepas pengumuman tersebut, halaman Youtube rasmi Toei Tokusatsu World memuat naik episod pertama Kamen Rider Black dan Kamen Rider W, dengan sari kata dalam bahasa Inggeris.

Episod pertama Kamen Rider Black:

Episod pertama Kamen Rider W:

Itu sahaja info yang saya tahu! Untuk segala liputan kami tentang Kamen Rider, sila tekan pautan ini.

Sumber – Twitter Kamen Rider Official

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeFūto TanteiFUUTO PIkamen riderKamen Rider BLACKKamen Rider BLACK SunToei
Previous Post

5 juta unit Monster Hunter Rise terjual dalam masa seminggu!

Next Post

Sembelih yokai dalam World of Demons di Apple Arcade sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Sembelih yokai dalam World of Demons di Apple Arcade sekarang!

Sembelih yokai dalam World of Demons di Apple Arcade sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd