Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Selepas filler Kawaki tamat, sambung filler baru” – Anime Boruto belum sedia adaptasi manga

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 26, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
“Selepas filler Kawaki tamat, sambung filler baru” – Anime Boruto belum sedia adaptasi manga
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun ramai yang sedang sibuk dengan manga Sasuke, janganlah kita lupa pula tentang Uzumaki Boruto! Beberapa hari lepas, anime Boruto mengeluarkan episod baharu untuk “Kawaki & Himawari Academy Arc” tetapi menurut laporan terkini -selepas filler ini tamat, anime akan teruskan dengan episod filler baru.

Ini bererti peminat masih perlu menunggu dengan lama sebelum mereka mengadaptasikan kandungan daripada manga.

Maklumat ini datang daripada Honda Masaya, penulis skrip semasa untuk anime Boruto. Melalui Twitter, dia memuat naik Tweet yang menjelaskan tentang kemajuan produksi anime , dan juga mengesahkan bahawa anime sedang menghasilkan filler arc baru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Menurut Masaya, filler arc itu sepatutnya pendek dan akan bermula pada bulan November apabilaa masa Kawaki di Akademi selesai. Jadi apakah kisah di sebalik filler kali ini? Malangnya, Masaya tidak memberitahu tetapi mengakui bahawa jalan ceritanya menarik.

BORUTO is starting a new short Arc in November and I am in charge of writing the script. It's an original anime episode, but I think I've written an interesting Arc, so for those fans who can't wait to see the original, please, stay tuned! #BORUTO

— 本田雅也:Honda Masaya (@hon_da) October 21, 2022

Berikut adalah penterjemah Tweet di atas:

“Boruto memulakan arc pendek baharu pada bulan November dan saya bertanggungjawab untuk menulis skrip. Ia adalah episod anime original, tetapi saya rasa saya telah menulis arc yang menarik, jadi bagi peminat yang tidak sabar untuk melihat [episod] original ini , sila nantikan.”

kata Masaya.

Walaupun nampak menarik, ramai lagi peminat yang tidak sabar untuk melihat anime mengadaptasikan kandungan daripada manga. Anime Boruto terpaksas bergantung pada episod-episod jenis filler untuk mengekalkan jadual mingguan kerana versi manga hanya akan menambah bab baru sebulan sekali.

Mudah cerita; jika anime keluarkan episod baru setiap minggu, mereka tidak akan cukup sumber.

Setakat ini, beberapa episod filler telah dianggap sebagai “canon” kerana manga tidak menunjukkan dengan terlalu intim apa yang berlaku kepada setiap watak, maka mereka terpaksa mengharapkan kepada versi anime. Buat masa ini, update terakhir daripada manga yang diterima sebagai canon oleh penonton ialah episod 220 yang ditayangkan pada bulan Oktober lalu.

Anime Boruto episod 220

Adakah korang semua masih mengikut anime Boruto? Atau hanya membaca manga sahaja? Kongsi pendapat anda dengan kami di ruang komen nanti.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Boruto termasuk fakta dan trivia menarik, sila tekan pautan ini.

Tags: animeBorutofillermanga
Previous Post

Nak skin tapi harga mahal, peminat Overwatch 2 minta Blizzard kembalikan loot box!

Next Post

Black Adam: Apa jadi di penamat & post-credit? [Spoiler]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Black Adam: Apa jadi di penamat & post-credit? [Spoiler]

Black Adam: Apa jadi di penamat & post-credit? [Spoiler]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd