Nampaknya para peminat Overwatch 2 tidak bersetuju kepada kosmetik dan cara untuk mendapatkannya adalah tidak sesuai untuk sesetengah komuniti. Ada yang memberi cadangan kepada Blizzard untuk mengembalikan loot box selepas beberapa minggu Overwatch 2 dikeluarkan.

Blizzard membuang sistem loot box ini mungkin kerana banyak syarikat daripada industri telah melakukannya tetapi ada sahaja game yang masih mengekalkan hadiah loot box kepada pemain seperti Apex Legends. Walau bagaimanapun, selepas mendapat kritikan baru-baru ini, ia terbukti tidak popular untuk beberapa bahagian komuniti game ini kerana Blizzard telah memperkenalkan sistem kosmetik baru.

Perubahan tersebut telah dilaksanakan oleh Blizzard sebelum Overwatch 2 dilancarkan dan secara rasmi membuang sistem loot box yang ada di Overwatch 1. Sebagai ganti, pemain sekarang boleh membeli battle pass yang mempunyai pelbagai ganjaran variasi kosmetik dan hero terbaru, Kiriko manakala lebih banyak lagi kosmetik tersedia di kedai in-game. Pemain boleh membeli item dengan menggunakan Overwatch Coin yang boleh dibeli di laman web rasmi mereka atau memperoleh dengan menyelesaikan cabaran mingguan.
Yang menjadi masalah kepada semua pemain adalah untuk mengumpul Overwatch Coin, ia mengambil masa yang lama menyebabkan Blizzard mendapat maklum balas yang negatif. Salah seorang pemain Overwatch 2 dan juga pengguna reddit bernama r/LordNubFace telah menyiarkan kritikannya terhadap sistem semasa di subreddit game ini.
LordNubFace berpendapat bahawa ia akan memberi manfaat jika sistem loot box di bawa kembali ke game ini. Beberapa pengguna lain juga memberi pendapat yang sama tentang sistem loot box. Sesetengah daripada mereka mencadangkan pemain berhak mendapat loot box dengan menjadikannya sebagai ganjaran selepas menyelesaikan enam cabaran harian atau setiap lima tahap battle pass yang dibuka.

Terpulang kepada Blizzard untuk membuat perubahan atau tidak, ini merupakan satu lagi maklum balas negatif yang sering diterima oleh mereka kerana membuat perubahan yang tidak perlu pada francais dan tempat kerjanya.

Overwatch 2 kini tersedia untuk PS4, PS5 Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC menerusi Battlenet.
Jadi apa pendapat korang, patutkah Blizzard membawa semula sistem loot box ke Overwatch 2 ataupun tidak? Sila tinggalkan komen anda di bawah. Jika korang inginkan banyak lagi berita tentang game, anime dan banyak lagi, sila ikuti Gamer Santai.

@gamersantaimy
Discussion about this post