Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selangor Cyber Games 2019 membuat kemunculan kali ke-6 dan bakal berlangsung pada 26 – 27 Oktober 2019!

Jangan lupa sertai pertandingan-pertandingan di bawah untuk peluang membawa balik pelbagai hadiah lumayan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 23, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Mobile, PC
0 0
0
Selangor Cyber Games 2019 membuat kemunculan kali ke-6 dan bakal berlangsung pada 26 – 27 Oktober 2019!
Share on FacebookShare on Twitter

Selangor Cyber Games 2019 telah kembali semula pada tahun ini dan bakal diadakan di Central i-City, Shah Alam, Selangor pada 26 dan 27 Oktober 2019. Acara dua hari ini akan menyaksikan kehebatan pemain esukan daripada seluruh Malaysia beraksi bagi merebut wang terkumpul sebanyak RM215,000.00 di dalam empat acara esukan.

Acara-acara yang dipertandingkan:

  • Dota 2 (nilai hadiah RM30,000.00)
    • 128 pasukan bermain di peringkat kelayakan secara online, 8 pasukan akan layak ke peringkat akhir setelah peringkat kelayakan tamat.
  • PUBG Mobile (nilai hadiah RM100,000)
    • 512 pasukan bermain di peringkat kelayakan secara online, 6 pasukan jemputan + 10 pasukan yang ditapis daripada peringkat kelayakan akan berjumpa di peringkat akhir.
  • FIFA 20 (nilai hadiah RM55,000)
    • 512 pemain
  • Tekken 7 (nilai hadiah RM30,000)
    • 128 pemain

Tahun 2019 menyaksikan anjuran kali ke-6 oleh penganjur bersama Majlis Sukan Negeri Selangor, Mineski Events Team Malaysia dan Big Machinez. Selangor Cyber Games bermula pada tahun 2014 dan menjadi acara tahunan bagi MSN Selangor sehingga ke hari ini.

“Ini tahun ke-6 penganjuran program SCG dan pihak Majlis Sukan Negeri Selangor memberikan keutamaan yang menyeluruh apabila melibatkan kumpulan Millennials & Generasi Z. Ramai anak muda dapat manfaat secara langsung dalam bidang e-Sports ini, khususnya sebagai satu profesion. Kesinambungan MSNS sebagai penganjur program ini akan dapat membawa nama sukan e-Sports ke tahap yang lebih tinggi”

Kata Jestin Raj Savarimuthu, Timbalan Pengarah untuk Bahagian Pembangunan Generasi Muda, Majlis Sukan Negeri Selangor.

Anjuran kali ini telah mendapat penajaan daripada Central I-City, Shah Alam sebagai Official Shopping Mall dan Unifi sebagai Official Broadband Provider. Selain itu, acara ini juga mendapat sokongan daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Esports Selangor Assocation (ESS) dan Tencent.

Pendaftaran untuk menyertai Selangor Cyber Games 2019 telah dibuka dan boleh di akses di laman web rasmi mereka. Slot bermain adalah berdasarkan kepada ‘First-Come-First-Serve’ dan akan ditutup setelah semua slot telah penuh.

 

Tags: Big MachinezCentral i-CityMajlis Sukan Negeri SelangorMineski Events Team MalaysiaSelangor Cyber Games 2019
Previous Post

AI: The Somnium Files Review – Kisah yang ganjil tetapi diceritakan dengan penuh emosi!

Next Post

Mizuno Keisuke, artis tersohor CAPCOM bercerita tentang Character Design di Mega Man X DiVE!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Mizuno Keisuke, artis tersohor CAPCOM bercerita tentang Character Design di Mega Man X DiVE!

Mizuno Keisuke, artis tersohor CAPCOM bercerita tentang Character Design di Mega Man X DiVE!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd