AI: The Somnium Files ialah permainanan video adventure mystery visual novel oleh Spike Chunsoft untuk pelantar PC, PlayStation 4, dan Switch. AI: The Somnium Files memperkenalkan kita kepada versi Tokyo pada masa depan dan protagonis kita, Detektif Kaname Date. Detektif Date ditemani oleh pasangannya, AI hidup yang tinggal di soket mata kirinya dan kadang-kadang mengambil bentuk seekor hamster dengan satu mata atau seorang wanita muda. Namanya ialah Aiba, dan itu ialah satu singkatan untuk bola mata (eyeball).
Bantuan Aiba memudahkan penyiasatan pemain di dalam alam mimpi!
Date dan Aiba teroka dari tempat ke tempat, menyiasat setiap saksi dan suspek dan mencari petunjuk lanjut. Aiba adalah alat yang berguna. Ia memeriksa internet untuk mendapatkan maklumat, mencipta profile tentang suspek untuk memberitahu sama ada mereka berbohong dan memberikan kamu penglihatan x-ray. Selepas siri pembunuhan demi pembunuhan berlaku, Aiba dan Date menggunakan alatan khas lain dalam senarai senjata mereka untuk memperoleh maklumat yang mereka perlukan demi mencari petunjuk: sebuah mesin yang membolehkan mereka masuk minda orang lain dan berinteraksi dengan mereka melalui alam mimpi yang dipanggil Somnium.
Bahagian ini kamu akan bermain seperti dalam game puzzle escape room. Kamu akan kawal Aiba dan berinteraksi dengan beberapa objek untuk membuka kunci mental target yang menyimpan rahsia penting dan trauma yang dalam. Sesetengah aksi membenarkan kamu menjimatkan masa melalui TIMIES, tetapi kamu juga boleh mengumpul TIMIES negatif di Somnium.
Jalan cerita berdasarkan pilihan akan membuat pemain ulang semula jalan cerita!
Teka-teki di alam mimpi ini mempamerkan daya tarikan utama di dalam game iaitu kreativiti. Kedua-dua segmen interaktif ini, termasuk beberapa quicktime event rawak dicampakkan untuk variasi, dan bahagian novel visual di mana kamu mengikut jalan cerita, penuh dengan bahagian-bahagian yang mengejutkan saya. AI: The Somnium Files juga menggunakan naratif yang terpisah kepada pelbagai cabang. Bergantung pada keputusan yang kamu buat, arah keseluruhan plot akan berubah secara radikal. Setiap cabang berbeza dengan yang lain, dan setiap cabang adalah penting untuk memahami keseluruhan jalan cerita. Lebih baik untuk kamui selesaikan satu cabang terlebih dahulu dan kemudian kembali untuk selesaikan yang lain.
Dalam segmen penyiasatan, kamu mengimbas skrin yang statik untuk mencari petunjuk, dan klik pada objek yang dilihat untuk mendapat klu. Selagi masih terdapat soalan untuk bertanya atau perkara yang harus dilihat, kamu tidak boleh meninggalkan peta. Bertanya soalan yang sama beberapa kali akan membuat orang terangkan dengan lebih lanjut, dan bukannya mengulang ayat yang sama. Jika kamu ingin menyemak semula pernyataan seseorang, boleh gunakan game log.
Watak unik yang mengembangkan jalan cerita!
AI: The Somnium Files mempunyai barisan watak yang kecil, masing-masing dengan rupa yang unik, dan dilengkapi cerita peribadi dalam mereka sendiri. Sangat menarik bagaimana semua orang yang kamu jumpa, daripada streamer berambut merah jambu Iris Sagan, Mizuki yang berusia 12 tahun, ahli politik yang korup dan juga yakuza, juga terlibat dalam kes itu. Personaliti semua orang juga ditingkatkan dengan lakonan suara yang hebat. Detektif Date disuarakan oleh Greg Chun, yang juga menyuarakan Yagami dalam Judgement.
Kesimpulan?
Latar belakang futuristik sangat sesuai dengan suasana cerita, dan rentak juga sangat baik, dengan pendedahan baru dan penukaran plot ketika jalan cerita makin kemuncak. AI: The Somnium Files mempamerkan cara yang bagus untuk menggunakan jalan cerita yang bercawang dan bagaimana ia membuat pemain mahu kembali dan meneroka lagi. Itulah antara sebab saya mengesyorkan The Somnium Files kepada mereka yang masih baru kepada genre novel visual dan kepada mereka yang hanya ingin bermain cerita interaktif yang gempak.
@gamersantaimy
The Review
AI: The Somnium Files
AI: The Somnium Files mempunyai jalan jalan cerita yang sangat mendalam yang membuat saya semakin ketagih untuk tahu jawapan sebenar.
Discussion about this post