Yostar dan pihak pembangun Hypergryph telah melancarkan versi PC rasmi bagi game tactical tower defense popular, Arknights.
Client PC telah dilancarkan secara global semalam, dan membawa sokongan native untuk Windows, paparan visual yang lebih jelas, serta kawalan keyboard dan mouse yang dioptimumkan khusus untuk PC.
Sebelum ini, pemain PC terpaksa bergantung kepada emulator pihak ketiga seperti BlueStacks atau LDPlayer untuk memainkan Arknights di komputer. Ketibaan client PC rasmi mengubah situasi tersebut kerana ia berjalan terus di atas platform Windows; menawarkan prestasi yang lebih lancar, masa loading yang lebih pantas, serta sokongan penuh shortcut keyboard untuk meletakkan Operator dan mengaktifkan skill dengan mudah.

Pemain juga tidak perlu risau tentang memulakan game dari awal. Versi PC menyokong cross-platform progression bersama Android dan iOS. Selagi anda log masuk menggunakan akaun Yostar, Google, Apple, atau Facebook sedia ada, kesemua Operator yang telah direkrut, Originium, perkembangan jalan cerita, dan resources akan diselaraskan secara automatik.
(Info: Guest account tidak menyokong fungsi cross-platform sync, jadi pastikan anda telah bind akaun mobile terlebih dahulu sebelum log masuk di PC.)

Cara Download dan Install
Langkah untuk mula bermain amat mudah:
- Layari laman web rasmi Arknights (arknights.global).
- Klik butang muat turun client PC untuk mendapatkan fail setup installer rasmi.
- Jalankan installer, buka game launcher Arknights, dan biarkan ia memuat turun fail game yang diperlukan.
Spesifikasi Sistem
Client PC direka agar ringan, membolehkannya dimainkan dengan lancar pada PC bajet, komputer pejabat, mahupun laptop moden.
- OS: Windows 10 (64-bit) atau Windows 11 (64-bit)
- CPU:
- Minimum: Intel Core i3-6100 atau setaraf
- Recommended: Intel Core i5-8400 atau setaraf
- GPU:
- Minimum: NVIDIA GeForce GTX 750 Ti atau setaraf
- Recommended: NVIDIA GeForce GTX 1060 atau setaraf
- RAM: 8 GB
- DirectX: Versi 11.1 atau terkini
- Ruang Storan: Sekurang-kurangnya 30 GB ruang kosong diperlukan untuk fail game, serta tambahan 20 GB atau lebih ruang kosong sementara semasa proses pemasangan.
Apa Itu Arknights?
Mula dilancarkan secara global pada awal tahun 2020, Arknights telah berkembang menjadi salah satu game strategi RPG bertemakan anime paling popular di dunia. Berlatarkan dunia distopia Terra yang dilanda pelbagai bencana, pemain memegang watak sebagai “Doctor”; seorang komander taktikal bagi Rhodes Island, sebuah organisasi farmaseutikal dan pertahanan.
Berbeza dengan kebanyakan game gacha jenis turn-based tradisional, Arknights memfokuskan kepada gameplay real-time tower defense. Pemain perlu mengatur kedudukan unit watak yang dikenali sebagai Operator di atas peta berpetak untuk menyekat kemaraan musuh, mengurus sumber, dan mengaktifkan abiliti pada masa yang tepat.



![[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/SHUHEI-YOSHIDA_BIC-GROUP-INTERVIU_FI-350x250.jpg)





Discussion about this post