Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sekuel Infamous & Sly Cooper mungkin dalam pembikinan untuk PS5, menurut khabar angin

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 3, 2022
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Sekuel Infamous & Sly Cooper mungkin dalam pembikinan untuk PS5, menurut khabar angin
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut khabar angin baru, sekuel untuk game Infamous dan Sly Cooper mungkin akan kembali di PS5, dan kalau boleh, PS4. Sama ada ia masih akan dibangunkan oleh developer original iaitu Sucker Punch Productions, masih belum diketahui.

Khabar angin ini datang daripada, AccountNGT , sumber yang menjadi terkenal selepas membocorkan info tentang Star Wars Eclipse, update Disember untuk GTA Online dan francais game Harry Potter. Dalam erti kata lain, sumber ini memang boleh dipercayai.

https://twitter.com/accngt/status/1499066075031482381

Soalan terbesar sekarang adalah “studio mana yang akan menguruskan kedua-dua sekuel Infamous dan Sly Cooper”? Kedua-duanya dicipta oleh Sucker Punch Productions tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, studio ini telah fokus membangunkan Ghost of Tsushima (GoT), yang akhirnya menjadi salah satu game terbesar untuk dikeluarkan di PlayStation.

Mengambil kira fakta ini, ramai yang percaya bahawa Ghost of Tsushima 2 akan tiba tidak lama lagi selepas Sucker Punch membuka sejumlah jawatan kosong yang mewajibkan pemohon “harus sudah bermain Ghost of Tsushima dan memahami sistem gameplay teras.

Secara tidak langsung, mereka telah mengesahkan projek rahsia yang melibatkan GoT. Jika ini benar, nampaknya kedua-dua game baru Infamous dan Sly Cooper tidak akan diuruskan oleh studio original tetapi mungkin oleh pihak third-party.

Game terakhir Infamous dikeluarkan pada 2014 iaitu Infamous: Second Son dan kemudian diikuti oleh expansion Infamous: First Light yang juga dilancarkan pada tahun yang sama. Sejak itu, francais Infamous tidak mengumumkan apa-apa berita baru.

Sly Cooper pula membuat debut pada tahun 2002 dengan Sly Cooper dan Thievius Raccoonus. Sejak itu, tiga lagi sekuel telah dikeluarkan, di mana dua sekuel pertama dihasilkan oleh Sucker Punch Productions, manakala game terakhir dibuat oleh Sanzaru Games pada tahun 2013. Tiada satu pun game baru dikeluarkan semasa generasi PS4.

Pada masa penulisan, pihak Sucker Punch Productions tidak memberi komen tentang khabar angin tetapi apa pendapat korang? Adakah game baru Infamous dan Sly Cooper akan membuat kemunculan untuk PS5? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Tags: Infamousps5Sly CooperSucker Punch Productions
Previous Post

Resident Evil 2, 3 & 7 akan datang ke PS5 & Xbox Series X

Next Post

Review Chocobo GP – Berlumba dengan geng Final Fantasy

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Review Chocobo GP – Berlumba dengan geng Final Fantasy

Review Chocobo GP - Berlumba dengan geng Final Fantasy

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd