Capcom mengumumkan bahawa mereka akan membawa Resident Evil 2, Resident Evil 3 dan Resident Evil 7: Biohazard ke konsol next-gen PS5 dan Xbox Series X pada tahun 2022.
Sejak beberapa tahun lalu, francais Resident Evil secara keseluruhan telah menyaksikan kebangkitan yang besar, terutamanya kerana kejayaan kritikal dan komersial bagi semua game yang disebutkan di atas. Kini, Capcom nampaknya masih mahu fokus pada game ini supaya pemilik konsol next-gen dapat menikmati lebih banyak ciri-ciri khas.
Diumumkan melalui siaran akhbar, Capcom mengesahkan bahawa Resident Evil 2, 3 dan 7 akan menerima pelbagai upgrade apabila datang ke PS5, Xbox Series X dan PC pada lewat tahun ini.
“Dibangunkan menggunakan Capcom RE Engine , ketiga-tiga judul itu akan menonjolkan ciri-ciri canggih termasuk ray tracing, frame rate tinggi dan audio 3D untuk meningkatkan keasyikan pengalaman,” kata siaran akhbar itu. “Untuk pemain PlayStation 5, ketiga-tiga game juga menampilkan sokongan DualSense yang menarik seperti Haptic Feedback dan Adaptive Trigger.”
Mengekalkan konsep yang sama untuk “next-gen upgrade”, Capcom turut mengesahkan bahawa sesiapa yang sudah memiliki Resident Evil 2, Resident Evil 3 dan Resident Evil 7 akan mendapat akses kepada uprade ini tanpa sebarang kos. Walaupun tumpuan utama adalah PS5 dan Xbox Series X, Capcom juga mengesahkan bahawa upgrade baru untuk versi PC bagi setiap game sedang dalam pembikinan.
Buat masa ini, kita tidak tahu bila upgrade next-gen untuk RE2, RE3 dan RE7 akan dilancarkan. Capcom hanya memberitahu bahawa update ini akan keluar pada “hujung tahun ini” buat masa sekarang, tanpa mendedahkan sebarang tarikh rasmi.
Peminat tegar hanya mampu tunggu sahaja, tetapi jangan risau! Saya akan terus melaporkan berita baru jika dapat maklumat penting.
Untuk segala liputan kami tentang Resident Evil, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post