Dengan tarikh pelancaran Far Cry 6 menghampiri, ramai pemain tidak sabar untuk memulakan pengembaraan baru di francais terkenal ini. Pasti ramai yang tidak tau bagaimana Far Cry(FC) tercipta dan bagaimana ia menjadi sebuah francais yang terkemuka dalam kalangan gamer. Jadi, mari kita meneroka sejarah siri Far Cry dari mula hingga terkini. Francais yang sudah berusia lebih dari 10 tahun ini telah memberikan pelbagai pengembaraan dan aksi yang hebat kepada pemain. Tanpa buang masa lagi, mari kita lihat bagaimana francais ini mencipta namanya!
Permulaan siri Far Cry
Tahukah anda bahawa permainan Far Cry pada mulanya bukan dikeluarkan oleh Ubisoft. Permainan ini pada mulanya dibangunkan oleh Crytek, sebuah Studio di Jerman yang ingin menunjukkan perisian game terbaru iaitu CryEngine. Engine tersebut menggunakan kebolehan rendering persekitaran yang realistik dengan banyak cara. Pada waktu itu, CryEngine hanya mampu digunakan untuk ruang luar permainan yang sememangnya membuatkan semua orang teruja.
Semasa E3 1999, sebuah permainan bertajuk X-Isle: Dinosaur Island telah menarik perhatian peminat yang hadir di acara tersebut. CryEngine telah menunjukkan dinosaur, persekitaran tropikal dan masa depan grafik dalam dunia gaming. Itulah yang menarik perhatian NVIDIA dan membuatkan permainan tersebut sebagai benchmark untuk grafik kad mereka. Bukan itu sahaja, Ubisoft juga tertarik pada X-Isle lalu meminta hak penerbitan untuk mencipta sebuah permainan AAA dari konsep itu.
Pada tahun 2004, Ubisoft telah melancarkan Far Cry untuk PC. Hubungan mereka dan Crytek renggang apabila Crytek membuat perjanjian dengan EA untuk membuat francais terbaru iaitu Crysis. Walaupun begitu, Ubisoft telah membangunkan port konsol untuk FC. Far Cry Instinct telah dilancarkan ke Xbox dan Far Cry Vengeance pula di Wii. Bukan itu sahaja, mereka juga mendapatkan hak penuh siri itu dari Crytek dan juga CryEngine untuk FC.
Sekuel francais
Far Cry 2 telah diumumkan oleh Ubisoft pada 2007 dan menggunakan Dunie Engine iaitu CryEngine yang telah diubahsuai. Ini bukan sahaja membuatkan persekitaran permainan nampak bagus di konsol malah membuatkan fizik dalamnya realistik. Ini membolehkan pemain untuk memusnahkan benda yang ada di persekitaran. FC 2 juga menggunakan watak AI yang lebih banyak dari permainan pertama. Ia juga memperkenalkan sebuah pulau tropika di Africa di mana perang yang berlaku memecah belahkan rakyatnya.
Permainan itu akhirnya dilancarkan pada Oktober 2008 dan mendapat banyak pujian dari peminat. Persekitaran yang berubah dan penyakit seperti Malaria membuatkan FC 2 lebih menarik. Pada waktu itu juga pembangunan untuk FC 3 telah pun bermula. Permainan itu dirancang untuk memberikan pengalaman open-world daripada RPG sepenuhnya. Dunia Engine 2 telah memberikan sistem baru yang memberikan peningkatan kuasa untuk sistem cuaca dinamik dan menambah lebih ramai watak AI.
Far Cry 3
Di sinilah berubahnya sejarah siri FC dengan pelancaran Far Cry 3 pada tahun 2012. Ia adalah permainan yang digilap dengan baik dan pelaksanaan konsep dan idea FC 2 yang bagus. Setiap sistem dalam permainan diurus dengan baik dan diberi perhatian. Dari cara memandu kenderaan, sistem level yang diperbaharui dan mekanik pemburuan. Perubahan terbesar adalah bagaimana permainan ini menangani ceritanya. Lanun Vaas Montenegro memainkan peranan penting dalam pemasaran untuk FC 3. Ini memulakan trend penjahat hebat yang akan kembali dalam FC 6 dengan Giancarlo Esposito. Selain penjahat, entri ketiga dalam siri ini memulakan format baru untuk meneroka dunia dan naratif Far Cry.
Far Cry 3 juga mula terhasilnya side-series untuk francais ini. Pada Mei 2013, Far Cry 3: Blood Dragon telah dilancarkan. Ia merupakan parodi dan surat cinta kepada filem aksi 1980 an. Permainan ini mengambil tempat di sebuah pulau retro-futuristik dimana pemain mengambil peranan sebagai cyborg tentera, Sergeant Rex “Power” Colt. Far Cry 3: Blood Dragon pada mulanya hanya jenaka April Fool, tetapi merupakan kejutan terbaik untuk peminat FPS open world. Ia mendapat sambutan yang baik dari peminat dan membuatkan Ubisoft melancarkan Far Cry Primal pada tahun 2016 dan Far Cry New Dawn pada 2019.
Pengembaraan di kawasan baru
Pada tahun 2014, pemain mengembara ke Kyrat, sebuah negara fiksyen Himalaya, untuk menjatuhkan raja dalam Far Cry 4. Permainan itu menampilkan dunia yang lebih besar dan padat daripada FC 3, dengan lebih banyak senjata, quest, side quest, gua, kenderaan, haiwan dan kawasan untuk diterokai. Pagan Min adalah salah satu penjahat permainan yang terbaik dan diktator karismatik yang sangat kelihatan jahat dan menghiburkan.
Far Cry 5 yang dilancarkan pada tahun 2018, memaparkan Joseph Seed “The Father” dan pengikut kultusnya. Permainan ini bertempatkan di Montana. Ideologi yang dipegang oleh musuh mampu membuatkan semua orang berasa takut. Peningkatan jumlah senjata jarak dekat juga membuatkan permainan ini terasa lebih dahsyat dengan senario pertempuran yang dekat. Mekanik “Resistance Meter” yang diperkenalkan juga membantu dalam memindahkan kemajuan misi yang lebih kecil ke dalam usaha untuk menggulingkan kawasan Montana. Kemunculan semula sistem rekrut juga menyeronokkan untuk melihat gelombang perubahan dalam permainan ini. Lebih ramai anda bertemu dan menukarkan anggota kultus, semakin hampir anda untuk mengakhiri pemerintahan Seed.
Far Cry 6 – permulaan baru francais
Untuk entri terbaru siri ini, Far Cry 6 merupakan permainan pertama siri ini yang akan tersedia di konsol generasi terbaru. Ia membawa pemain ke tengah revolusi Guerrilla moden di Yara, sebuah syurga tropika yang membeku pada masa di bawah pemerintahan Presiden Antón Castillo. Ketika dia berikrar untuk mengembalikan kaumnya ke bekas kemuliaan sambil memperindah puteranya Diego untuk mengikuti jejaknya, pemain akan merangkul watak Dani Rojas, seorang bekas pelajar sekolah tentera yang berubah menjadi pejuang Guerrilla dalam usaha mereka untuk menggulingkan kezaliman dan menyatukan bangsa itu.
Far Cry 6 akan datang pada 7 Oktober ini di platform PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series X, dan PC. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjadi pejuang baru dalam entri terbaru francais ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post