Pada tahun lepas, Tyler “Ninja” Blevins memegang tempat pertama dalam senarai 10 streamer Twitch dengan gaji tertinggi pada tahun 2020. Berita ini tidak mengejutkan memandangkan Twitch telah menjadi platform yang stabil untuk komuniti memperoleh duit daripada siaran langsung mereka. Malangnya, seorang penggodam (hacker) tanpa nama telah membocorkan keseluruhan data Twitch, termasuk kod sumber dan maklumat pembayaran lengkap bagi beberapa individu terkenal. Menurut gambar di bawah, salah seorang streamer Twitch telah berjaya meraih pendapatan lebih RM40 juta dalam jangka masa satu tahun!
Secara khusus lagi, dokumen yang dibocorkan itu didakwa menunjukkan pendapatan kasar dari 100 streamer Twitch dengan gaji tertinggi dari Ogos 2019 hingga Oktober 2021. Antara streamer popular yang disebut termasuk CriticalRole, xQc, summit1g, Tfue dan lain-lain yang telah memperoleh berjuta-juta duit USD selepas bekerja dengan platform streaming Twitch yang popular. Harus diperhatikan bahawa pendapatan ini secara langsung datang dari Twitch sahaja, jadi tidak termasuk sebarang sumbangan, penaja, barang dagangan, dan sebagainya.
Senarai 10 streamer Twitch dengan gaji tertinggi:
- CriticalRole – $9,626,712.16 (anggaran RM40,282,977.03)
- xQcOW – $8,454,427.17 (anggaran RM35,377,550.49)
- summit1g – $5,847,541.17 (anggaran RM24,469,036.03)
- Tfue – $5,295,582.44 (anggaran RM22,159,364.72)
- NICKMERCS – $5,096,642.12 (anggaran RM21,326,898.95)
- ludwig – $3,290,777.55 (anggaran RM13,770,258.66)
- TimTheTatman – $3,290,133.32 (anggaran RM13,767,562.88)
- Altoar – $3,053,839.94 (anggaran RM12,778,793.23)
- auronplay – $3,053,341.54 (anggaran RM12,776,707.67)
- LIRIK – $2,984,653.70 (anggaran RM12,489,283.41)
Satu sumber tanpa nama memberitahu VGC bahawa data yang dibocorkan itu sah, termasuk kod sumber untuk platform streaming milik Amazon. Secara dalaman, Twitch menyedari isu ini dan dipercayai bahawa data tersebut diperoleh baru-baru ini pada hari Isnin lalu. Buat masa ini, Twitch tidak memberi apa-apa info lanjut.
Seperti yang saya sebutkan di atas, seorang streamer boleh memperoleh pendapatan dengan beberapa cara. Mereka bukan sahaja dapat memperoleh duit daripada pengiklanan setiap bulan, malah akan memperoleh wang dari kegiatan sampingan, seperti berlakon dalam filem atau tv, atau melalui penajaan dan sokongan produk.
Padanlah ramai streamer tidak ingin beralih ke platform lain seperti Facebook atau Youtube kerana situasi kewangan mereka di Twitch sangat kukuh. Apa pendapat anda? Jom kongsi pendapat dengan saya di ruang komen. Untuk segala liputan kami tentang Twitch, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post