Seramai lima wakil Malaysia dipilih untuk bermain di liga yang berlangsung selama lima minggu!
20 pasukan dipilih melalui National Finals dan 4 selebihnya dipilih daripada Wild Card. Ini bermaksud total 24 pasukan dari Asia Tenggara yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Kemboja telah dipilih dan bertanding untuk menentukan juara.
Kesemua 24 pasukan ini telah diagihkan kepada 3 kumpulan dan dibawah adalah butiran mengenai pengagihan tersebut:
Di Group A, kami mempunyai wakil Malaysia Victorious In Play (ViP) yang menunjukkan prestasi cemerlang di PMCO ini. Mereka sedang bertanding bersama empat pasukan Thailand, Purple mood, Illuminate The Murder, Goldencat dan NaRok Gaming, dua pasukan Indonesia, Victim Esports dan Bigetron, dan satu pasukan Vietnam, Best Absolute Training yang semuanya memang bukan kaleng-kaleng.
Di Group B, kami mempunyai wakil Malaysia AROV Esports yang bertemu bersama skuad fan favourite dari Thailand, RRQ Athena. Selain itu, group B mempunyai tiga pasukan Vietnam, Box Gaming, Friends Forever Gaming, dan Xavier Team, dua pasukan Kemboja, Team X-Force dan TheWolfOfKiller.
Di Group C pula adalah di mana 3 pasukan Malaysia yang lain berada. Dengan pasukan kegemaran Malaysia, Team Secret yang baru sahaja Chicken Dinner malam tadi, Yoodo Gank dan Junior Talent bertemu! Mereka akan bersaing bersama tiga pasukan Indonesia, WAW Esports, Onic Esports, dan Evos Esports, satu pasukan Vietnam, Crazy Dog, dan satu pasukan Filipina, Pure Skill.
Prizepool sebesar USD$26,000 (RM107,980) untuk liga ini!
Menurut sumber Liquipedia yang sentiasa up-to-date, liga ini berjaya kumpul sebanyak USD$26,000 (RM107,980)! Jumlah sebanyak USD$5,000 (RM20,765) pula diberi kepada Top 6 dalam carta liga setiap minggu. Memang patutlah semua berusaha. Di samping itu, nilai duit sebanyak USD$1,000 (RM4,100) akan diberi kepada skuad yang menerima anugerah MVP pada minggu tersebut.
Jadual & Aturan Perlawanan Liga
Kalau ada sebarang persoalan ke apa, korang boleh je usya jadual di atas ini. Di atas adalah waktu dan masa setiap perlawanan akan berlangsung dan livestream juga diadakan di Youtube dan Facebook dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Perlawanan berlangsung pada empat map pada hari biasa dan pada enam map pada hujung minggu.
Hari Rabu: A vs B
Hari Khamis: B vs C
Hari Jumaat: C vs A
Sabtu dan Ahad: Setiap kumpulan akan bermain 2 perlawanan antara satu sama lain.
Apa bakal terjadi selepas liga ini tamat?
12 pasukan yang berkedudukan tertinggi selepas akhirnya liga lima minggu ini akan mara ke SEA Spring Championship di jakarta, Indonesia pada 14 Jun sehingga 16 Jun. Di samping itu, Top 1 dari setiap negara kecuali Filipina dan Kemboja juga layak ke pertandingan di Indonesia ini.
Ini bermaksud setiap empat pasukan daripada setiap empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam akan bersaing untuk menentukan pasukan mana akan mewakili negara mereka di SEA Spring Championship.
SEA Spring Champion juga berjaya mengumpul wang hadiah sebanyak USD$105,200 (RM435,000) dan di Spring Championship ini lah menjadi penentu siapa yang layak maju ke Grand Final di Berlin, Jerman kemudian hari. Di Grand Finals ini mereka akan bertemu pasukan-pasukan bertaraf antarabangsa daripad Amerika Syarikat, Eropah, India, dan lain-lain.
Sumber – MyGameOn
@gamersantaimy
Discussion about this post