Steep adalah game mengenai sukan musim sejuk di dunia terbuka yang dibangunkan oleh Ubisoft, ia adalah percuma untuk disimpan jika korang merebutnya sebelum 21 Mei ini. Apa yang diperlukan hanyalah akaun Uplay. Kalau nak ski, main snowboard ataupun terbang menggunakan wingsuit, bolehlah muat turun game ini sekarang!
Inilah cara untuk muat turun game tersebut:
- Tekan link ini pada bila-bila masa di antara tarikh 16 Mei sehingga 21 Mei ini.
- Tekan pada butang “PC” di halaman bawah page tersebut.
- Sign in menggunakan akaun Ubisoft dan ikut arahan pada skrin seterusnya.
- Game tersebut akan dimasukkan ke dalam library Uplay korang secara automatik.
- Buka Uplay (sila muat turun Uplay dahulu, jika belum berbuat demikian) untuk muat turun dan bermain Steep.
Ia sememangnya tidak rugi untuk muat turun game secara percuma ini, kerana terdapat banyak keseronokan yang korang akan alami. Bermainalah perlumbaan yang sesuai yang dengan korang dan berkongsi pengalaman dengan pemain lain. Korang juga boleh menukar pakaian watak di dalam game. Tunggu apa lagi? Jom kita berski!
Sumber: Ubisoft
@gamersantaimy
Discussion about this post