Akhirnya setelah beberapa pededahan telah dibocorkan oleh pihak tertentu mengenai kehadiran John Wick di Fortnite bukan lagi menjadi tanda tanya, ‘Fotnite Wick’s Bounty Challenge’ adalah kerjasama bersama Lionsgate bersempena filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum yang telah pun berada di pawagam. Kalau korang nak tahu, Wick pernah menjadi sebahagian penting dalam Fortnite sejak skin “Reaper” hadir di pas battle yang lalu.
Kini dalam kemaskini terbaru LTM ‘Fotnite Wick’s Bounty Challenge’, skin John Wick, kapak baru ‘pickaxe’, emote terbaru serta ‘Asasin wrap’ kini boleh didapati didalam store Fortnite.
Skin John Wick – 2,000 V-Bucks
Simple Sledge Pickaxe (Uncommon) – 500 V-Bucks
Assassin Wrap (Uncommon) – 300 V-Bucks
Selain itu dalam misi LTM ini pemain haruslah menewaskan pemain lain dan mengumpul koin emas ‘Continental’. Seperti biasa, akan ada ganjaran selepas menyelasaikan kesemua misi ketika dalam musim acara.
Jadi kat bawah ni adalah misi-misi nya;
- Menang satu perlawanan Wick’s Bounty (1) – One Shot Glider
- Main lima perlawanan Wick’s Bounty (5) – Boogeyman Wrap
- Kumpulkan Koin Emas (120) – 500 XP
- Kumpulkan Koin Emas dalam satu perlawanan (20) – 500 XP
- Melakukan serangan menggunakan ‘Combat Shotgun’ (500) – 500 XP
- Melakukan serangan menggunakan ‘Tactikal Assault Rifle’ (500) – 500 XP
Antara ganjarannya pula yang korang boleh terus dapat dalam satu perlawanan ialah payung tektikal, manakala untuk lima perlawanan korang bolehdapatkan ‘Boogeyman Wrap’
Antara yang menjadi perhatian dalam acara ini, korang tak boleh menggunakan sebarang senjata didalam Hotel Cotinental sebaliknya jika korang pegang senjata, ia akan bertukar kepada ‘pickaxe’.
Selain itu korang boleh lihat semula beberapa perubahan yang ada sempena acara ini di artikel lalu kami (tekan sini)
Jadi apa pendapat korang mengenai acara terbaru ini? Jangan lupa kongsikan pendapat korang kat ruangan komen kitorang!
Sumber: FortniteInsider
@gamersantaimy
Discussion about this post