Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebab-sebab mengapa hero Shonen tidak patut ada anak!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 12, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Sebab-sebab mengapa hero Shonen tidak patut ada anak!
Share on FacebookShare on Twitter

Menjadi hero untuk sebuah siri shonen sebenarnya  tidak mudah. Pada masa yang sama, tanggungjawab sebagai ibu bapa juga amat sukar. Cubalah anda bayangkan apabila seorang hero harus berusaha menyelamatkan dunia sambil menjaga keluarganya pada masa yang sama. Setiap hero shonen, diwajibkan untuk melawan kuasa jahat, lantas membuatkan mereka sebagai ibu bapa yang kurang ideal. Kekurangan bimbingan dan perhatian kepada anak-anak boleh mendatangkan masalah besar pada masa akan datang, jadi sini saya akan jelaskan beberapa sebab mengapa hero Shonen tidak patut ada anak.

Goku dan keluarga

Gaya hidup yang penuh risiko

Gon & ayahnya

Sekiranya kita melihat setiap hero shonen, kemungkinan besar mereka terlalu sibuk melawan raksasa dan orang jahat atau sedang sibuk berlatih supaya boleh menjadi lebih kuat. Untuk pendekkan cerita, sebenarnya ada terlalu banyak risiko yang berkaitan dengan gaya hidup ini. Jika mereka mempunyai anak, hero-hero ini bukan sahaja dapat mempunyai beban lebih, malah memberi peluang kepada musuh untuk menjadi ahli keluarga sebagai manga tebusan yang berharga.

Seterusnya, anak mungkin tidak beberapa suka pada ibu bapa mereka. Sebagai seorang hero shonen dengan pencapaian yang besar seperti menyelamatkan dunia, watak paling kuat di alam semesta, dan lain-lain, anak terpaksa mengikut jejak langkah ibu bapa walaupun tahu ia hampir mustahil untuk menyaingi pencapaian mereka. Disebabkan itu, anak mereka mungkin menyimpan dendam. Sekiranya dendam dan kebencian anak bertambah kuat, mereka boleh menjadi musuh yang berpotensi bagi hero shonen tersebut. Melawan anak sendiri sudah tentu adalah perkara yang paling ingin dielakkan oleh ibu bapa.

Tiada contoh bimbingan untuk anak-anak

Goku & Gohan

Saya akan mengambil beberapa hero shonen sebagai contoh. Goku dari Dragon Ball sentiasa sibuk melindungi bumi, lantas membuatkannya sentiasa jauh dari ahli keluarga. Selain itu, Goku tidak mempunyai didikan semasa kecil dan ini mempengaruhi tanggungjawab dia semasa dewasa, di mana dia tidak memberi cukup perhatian pada anak-anak.

Satu peristiwa yang peminat paling tahu adalah apabila Goku memaksa Gohan melawan Cell supaya anaknya lebih kuat (sehingga memberi kacang Senzu kepada Cell supaya pertarungan mereka “adil”). Ini hanyalah salah satu contoh di mana Goku gagal membesarkan Gohan dan Goten. Akhir sekali, Chi-Chi terpaksa menangani semua tanggungjawab semasa membesarkan anak-anak mereka.

Naruto & Boruto Uzumaki

Di samping itu, Uzumaki Naruto adalah seorang lagi contoh hero shonen yang tidak memberi perhatian sepenuhnya pada anak. Setelah mencapai impian lamanya untuk menjadi Hokage, tugasan hariannya membuatnya Naruto sentiasa sibuk sehingga tidak boleh meluangkan masa dengan keluarga. Peraka ini juga telah membuatkan anaknya, Boruto, membenci Naruto pada awal cerita.

Contoh seterusnya untuk ayah shonen yang teruk adalah Yoh Asakura dari Shaman King. Dalam usahanya untuk menjadi Shaman King, Yoh mempunyai anak bernama Hana Asakura dengan tunangnya, Anna Kyoyama. Oleh kerana Yoh dan Anna terlalu sibuk menjelajahi dunia untuk menjadi ibu bapa yang baik, Hana diletakkan di bawah jagaan Tamamura Tamao. Apakah hasilnya? Sudah tentulah, Hana membenci ayahnya.

Hana Asakura

Kebanyakan hero shonen menganggap tanggungjawab mereka sebagai adiwira lebih penting dari kewajiban mereka untuk membesarkan anak-anak. Sudah tentu, menyelamatkan dunia itu penting. Tetapi ada pelbagai cara untuk menjadi contoh yang bagus pada anak-anak. Kalau nak lebih senang, janganlah buat anak langsung sehingga betul-betul pasti dunia aman 100%. Itu sahaja yang saya akan jelaskan tentang sebab-sebab mengapa hero Shonen tidak patut ada anak. Apa pendapat anda pula? Jom kongsi bersama saya di ruang komen nanti! Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber – Forum Crunchyroll

Tags: anakanimeFaktagokuibu bapamanganarutoshonenTrivia
Previous Post

Temu ramah eksklusif: Bincangkan masa depan eSukan Malaysia bersama Kenchi!

Next Post

Final Fantasy XVI tidak akan ada di Tokyo Game Show 2021 walaupun telah hampir siap!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Next Post
Final Fantasy XVI tidak akan ada di Tokyo Game Show 2021 walaupun telah hampir siap!

Final Fantasy XVI tidak akan ada di Tokyo Game Show 2021 walaupun telah hampir siap!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd