Baru-baru ini, Bandai Namco Entertainment mengumumkan bahawa pra-pendaftaran untuk SD Gundam G Generation ETERNAL kini dibuka di App Store dan Google Play!
Judul mobile strategy RPG yang dinanti-nantikan ini adalah sebahagian daripada siri SD Gundam G Generation yang terkenal, menawarkan pengalaman taktikal turn-based dengan lebih 500 Mobile Suit dari 70 karya Gundam yang berbeza.
Sebagai sebahagian daripada kempen pra-pendaftaran yang menarik, semua pemain yang mendaftar lebih awal akan menerima pelbagai ganjaran berdasarkan jumlah keseluruhan pra-pendaftaran. Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk tiket Unit Assembly SSR atau lebih tinggi yang dijamin, serta Diamond untuk sepuluh cabutan.

SD Gundam G Generation ETERNAL adalah RPG free-to-play dengan pembelian dalam aplikasi, menggabungkan strategi turn-based dengan elemen taktikal yang menarik. Pemain akan mengawal skuad Mobile Suit di medan perang berbentuk grid, membentuk “kumpulan/pasukan” dengan unit kegemaran mereka dari pelbagai siri Gundam.
Seperti namanya, semua unit direka dalam gaya ikonik Super Deformed (SD), memberikan penampilan yang lebih comel berbanding reka bentuk Mobile Suit yang biasanya kompleks.

Game ini menampilkan mod Main Stage, di mana pemain boleh mengalami semula jalan cerita dari siri Gundam klasik. Pada pelancaran, sepuluh karya akan tersedia, termasuk Mobile Suit Gundam Wing dan Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury.
Selain menghidupkan kembali pertempuran epik dari era Universal Century (UC) dan Alternate Universe (AU), game ini turut menawarkan misi eksklusif yang dicipta khas untuk ETERNAL, memperkenalkan naratif baharu dalam dunia Gundam yang digemari ramai.

Sebagai ganjaran istimewa kepada peminat, Mobile Suit “GQuuuuuuX” dari Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX akan diberikan secara percuma sebagai hadiah dalam game selepas pelancaran. Pemain boleh menuntut unit ini sebaik sahaja mereka menyelesaikan tutorial.
Walaupun game ini menggunakan sistem gacha untuk mendapatkan unit baharu, pemain juga boleh memperoleh Mobile Suit tambahan melalui gameplay biasa, sistem pembangunan, dan fungsi produksi. Berikut adalah senarai MS yang boleh dikumpul:

Jangan lepaskan peluang ini! Daftar awal melalui laman web rasmi untuk menerima notifikasi sebaik sahaja game ini dilancarkan!
@gamersantaimy
Discussion about this post