SCUM, merupakan game Survival seperti Rust, Miscreated dan juga The Forest. Mesti korang rasa macam , ” ala, biasa je, bukan best pon, bosan ah”. Wait, aku tak cerita habis lagi. Yes, game ni, bila sebut je Survival, ramai yang macam bosan kan, tapi, ada nilai-nilai yang bagi aku, game ni menarik, dan lain dari game Survival yang lain. Nak tahu lebih lanjut? Jom.
SCUM adalah game Survival Multiplayer Open World, menjadi kebiasaan untuk game Survival, memang Open World lah kan. Tapi, aku nak ceritakan dekat sini, bahawa game ini Story-Driven, ada cerita disebaliknya, bukan macam game Survival yang lain, di mana, memang nak suruh korang Survive je kan? Aku boleh kategorikan SCUM ni macam game The Forest la. Survive, tapi pada masa yang sama, ada objektif untuk pemain.
Lagi satu yang best pasal game ni adalah Character Customization dia. Di mana, setiap point yang korang spend untuk certain Attribute, sangat la memberi efek kepada Character tersebut. Sebagai contoh, Strength. Korang bayang, kalau takde point spend untuk Strength, recoil weapon korang teruk, sebab grip korang terhadap weapon tu lemah. Fuh! Sangat menarik.
Jadi, game SCUM ni masih lagi dalam Early Access di Steam. Kepada korang yang nak follow development game ni, dekat bawah aku tinggalkan LINK untuk korang download bila dah keluar nanti. Oh, lupa nak cakap yang game ni boleh dibeli pada bulan Ogos 2018.
Klik di sini untuk info lanjut
@gamersantaimy
Discussion about this post