Siapa pernah main game Orcs Must Die? Mesti korang tahu macam mana gameplay dia kan? Dia macam tower defense game, tetapi korang bukan sekadar setup tower untuk defense, korang sendiri boleh turun dan berlawan dengan Wave musuh. Sama juga sepeti Gene Rain, cuma yang membezakan adalah, Gene Rain ni 3rd Person Shooter.
Masa 1st aku tengok trailer ni, serious aku teringat game Orcs Must Die. Dalam game ni ada 3 kuasa, 3 karekter utama dan 3 senjata utama yang dipakai. Pemain perlu mengawal 3 karekter utama tersebut bagi menyelesaikan konflik dunia. Juga, untuk game Gene Rain ni, ada sistem upgrade. Dan, yang membuatkan game ni menarik kerana penceritaan game ni yang sangat luas!
Jadi, kepada mereka yang berminat untuk main game Gene Rain, di bawah aku tinggalkan LINK untuk korang usha sendiri di Steam. Game ni juga dikeluarkan pada Summer 2018. Kalau korang nak beli tu, usha usha dulu lah ye, takut menyesal dan tak main, kan dah membazir tu.
Klik di sini untuk info lanjut
@gamersantaimy
Discussion about this post