Pada Santai Throwback hari ini, saya ingin menceritakan tentang sebuah permainan video yang saya pasti anda semua kenal. Siapa tak kenal kan? Tetapi bagi mereka yang tidak tahu, Grand Theft Auto (GTA) adalah siri permainan video action-adventure yang mengandungi lima judul utama dan beberapa edisi istimewa yang telah dihasilkan sepanjang durasi 16 tahun ini.
GTA dibangunkan oleh rumah development British, Rockstar North (dahulu dikenali sebagai DMA Design), dan diterbitkan oleh syarikat induknya, Rockstar Games. Permainan video ini membenarkan pemain untuk mengambil peranan sebagai seorang penjenayah di sebuah bandar, terutamaya seorang individu yang harus naik pangkat melalui jenayah yang dilakukan sepanjang permainan.
Siri ini juga menjadi kontroversi untuk ciri-ciri dewasanya dan tema ganas. Dan ini, saya ingin memperkenal setiap judul utama yang keluar daripada yang Grand Theft Auto yang pertama sehingga ke Grand Theft Auto V! Ayuh baca sekali.
Grand Theft Auto (Race’n’Chase)
Ia merupakan judul pertama daripada siri Grand Theft Auto. Jalan cerita ini berkisarkan sekumpulan penjenayah di tiga bandar fiksyen yang menyerupai bandar-bandar sebenar USA ketika mereka melakukan rompakan bank, pembunuhan, dan aktiviti haram lain untuk sindiket jenayah masing-masing. Permainan ini pada mulanya dinamakan Race’n’Chase dan dibangunkan untuk Commodore Amiga bermula pada tahun 1996. Bagaimanapun, ia hampir dibatalkan kerana isu produksi.
Grand Theft Auto 2
Ia adalah sekuel untuk Grand Theft Auto pada 1997 dan juga judul kedua daripada siri Grand Theft Auto. GTA 2 adalah judul pertama dalam siri ini untuk menggunakan teknologi grafik 3D yang boleh dilihat di PlayStation dan PC. Walaupun permainan tidak beralih ke third-person perspective, ia menggunakan perkakasan / perisian grafik 3D untuk meningkatkan kualiti visual.
GTA 2 dipamerkan melalui perspektif top-down, tetapi disebabkan pengunaan teknologi 3D, ia mempamerkan camera zooming yang dinamik dan lacar, sprite rotation yang licin, efek pencahayaan daripada lampu jalan, lampu kereta, dan lampu kenderaan kecemasan. Permainan ini juga termasuk sistem Gang Reputation yang unik, dan masih belum digunakan dalam mana-mana permainan video Grand Theft Auto yang lain hingga ke hari ini.
Grand Theft Auto III
Grand Theft Auto III, juga dikenali sebagai GTA 3 atau GTA III, merupakan judul ketiga di siri Grand Theft Auto dan dilancarkan pada tahun 2001. GTA III merupakan permainan video pertama di dalam gameplay 3D GTA yang sebenar, dengan pemain mengawal permainan video melalui perspektif orang ketiga, dilihat daripada belakang dan di atas watak. Peralihan daripada top-down ke full 3D telah dianggap sebagai sebuah strategi yang hebat.
Perubahan yang dibuat untuk GTA III menandakan titik penentu dalam rupa visual grafik dan skema kawalan. Judul GTA yang lebih baru telah mengikut skema kawalan dan rupa visual 3D yang sama, dan kesemua gelaran GTA selepas ini mungkin mengikutinya juga, dengan peningkatan pada kualiti visual apabila kualiti perkakasan semakin meningkat. Permainan video ini dipenuhi dengan pujian luar biasa oleh daripada satu dunia dan menjadi salah satu permainan video yang terbaik dalam sejarah.
Grand Theft Auto IV
Grand Theft Auto IV (juga dikenali sebagai GTA IV atau GTA 4) adalah juduk kesebelas dalam siri Grand Theft Auto. GTA IV telah dianugerahkan “Gaming World Record of the Most Successful Entertainment Launch of All Time”, dan telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan yang lain. Versi PC telah dikeluarkan pada 3 Disember 2008 dan kemudian, GTA IV dan Grand Theft Auto: Episodes from Liberty City dikeluarkan untuk Xbox One melalui backwards compatibility pada 9 Februari 2017.
Grand Theft Auto V
Grand Theft Auto V (juga dikenali sebagai GTA 5 atau GTA V) adalah judul kelima belas dalam siri Grand Theft Auto. Grand Theft Auto V berlangsung sekitar tahun 2013 di bandar Los Santos dan menceritakan kisah tiga protagonis: Michael De Santa, Franklin Clinton, dan Trevor Philips. Ia berlaku kira-kira lima tahun selepas kejadian Grand Theft Auto IV, dan empat tahun selepas kejadian Grand Theft Auto: Chinatown Wars.
Sebagai salah satu permainan video yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2013, akhrinya GTA V dilancarkan dan menerima pelbagai pujian, serta memegang skor 96 dan ke atas di MetaCritic dan GameRankings, dan mendapat markah sempurna daripada lebih 30 reviewer. Permainan video ini menjual 11,210,000 salinan dan meraih $800,000,000 pada hari pertama keluaran, menetapkan banyak rekod, dan akhirnya membuat $1,000,000,000 dalam masa 3 hari daripada pelancaran.
@gamersantaimy
Discussion about this post