Kembali untuk tahun kedua di Malaysia, PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2019 sudah hampir dengan Grand Final pada 13 dan 14 Julai ini! Kesemua wakil pemenang dari enam negeri akan berentap untuk kali terakhir selepas merebut peluang untuk menjadi pasukan yang terbaik dan memenangi kolam hadiah sehingga RM114,000 sejak April lalu.
Jom lihat sendiri pasukan-pasukan yang akan berentap Sabtu dan Ahad ini;
Negeri | Pasukan Layak ke Akhir | |
Selangor | Unbeatable Gaming | AXIS MPX |
Sabah | Tambadau Squad | Extreme Squad |
Kuala Lumpur | Traitor Esport | VAT Esport |
Penang | Panda Northern | RMC |
Johor | AKA Esports | X77 | KGU Brothers |
Sarawak | Miri Mob | Kingmans Gaming |
Kehadiran empat pasukan tip top yang melayakkan diri di PMCO Sea 2019 dan PMCO Final Berlins iaitu Team Secret, Vip Squads, Junior Talent dan AROV eSports turut akan menjadi pasukan jemputan yang turut akan bersaing PMNC Grand Final 2019 ini.
Ini pula jadual perlawanan mereka;
Selain kemenangan dan kolam hadiah yang direbutkan, empat pasukan yang memenangi PMNC 2019 juga akan mengikuti jejak langkah Yoodo.Gank untuk bersaing di PMCO SEA Fall Split 2019. Yoodo Gank merupakan pasukan yang automatik layak kerana memenuhi syarat unutk kejohanan dan merupakan yang pertama dari pasukan Malaysia yang memberi keunggulan terutama di PMCO SEA League Summer Split 2019 baru-baru ini.
Yoodo Gank dan 4 pasukan profesional yang dijemput untuk PMNC 2019 ternyata telah membuktikan mereka layak dan hebat dalam PUBG Mobile.
“PMNC 2019 merupakan tonggak baru dari PUBG MOBILE E-sport di Malaysia. PUBG Mobile telah berjaya membawa semangat kesukanan, memberikan pengalaman positif kepada para pemain, dan dapat memberi peluang kepada para pemain untuk mewujudkan persahabatan dengan pemain lain di seluruh dunia kecuali untuk pasukan profesional, kejohanan kebangsaan lebih kepada semua pemain dengan semangat dengan PUBGMobile dan E-sukan, dan kami juga boleh mencari beberapa pemain berbakat dan berpotensi. ”
– Oliver Ye (Pengarah PUBG Mobile SEA)
Dan tidak terlupa juga Grand Final yang akan hadir hujung minggu ini akan dipenuhi pelbagai aksi PUBG, Goodie Bag, Cabutan Bertuah , Giveaways serta Influencer Showmatch PUBG Malaysia.
Jangan lupa untuk layari laman web rasmi PMNC untuk lebih informasi, kemaskini dan pendaftaran untuk mendapatkan Goodies Bag. Selain itu pada yang tidak dapat hadir, korang boleh la tengok siaran lansung di Facebook PUBG Mobile MY Official ataupun di Youtube mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post