Arrrr mana dia peminat-peminat tegar Dragon Ball yang teringin nak bersuper saiyannnn macam Goku?! Nak tanya ni korang tahu tak permainan mudah alih Dragon Ball dah pun bertapak dari tahun 2007 lagi, ada yang korang pernah muat turun atau dapatkan ke tu??? Okay-okay harini saya akan flashback balik permainan-permainan Dragon Ball dari 2007 hingga kini , tapi yang betul-betul bertauliah dari Bandai Namco dan yang sekutu dengannya la, bukan mini-mini game dari syarikat luar ye.
Okay la kita mula sekarang sejarah game mobile Dragon Ball ni ;
Dragon Radar Mobile – 2007
Jujur lah ni, walaupun dia bukan permainan dalam telefon tapi ianya tetap digelar Mobile, sebab peganganya adalah mudah alih. Dragon Radar Mobile merupakan permainan LCD mudah alih dari Bandai pertama kali hadir di Jepun Januari 2007. Ia mempunyai dua mod berbeza iaitu permainan pertempuran dan permainan carian. Kawalan permainan ditentukan oleh pergerakan tangan pemain oleh peranti gerakan, dan mempunyai “pecutan” yang menentukan kekuatan serangan pemain dengan seberapa keras pemain menggegarkan peranti tersebut. Pemain juga boleh bersaing dengan pemain lain dari sensor inframerah yang dapat mengesan radar lain untuk dua mod pemain.
Dragon Ball Mobile Series – Oktober 2007
Ingat lagi tak masa pakai Sony Walkman, tak pun zaman N-gaged atau Nokia Sabun korang tu, yelah skrin dah berwarna kan, jadi siri-siri permainan Dragon Ball Super Saga ini lah menjadi senarai permainan yang kita nak sangat dulu dulu. Macam-macam variasi permainan ada, antaranya seperti Pinball, Puzzle dan PK Battle, ok ini senarai nama-nama yang hadir sederet pada tahun yang sama;
- Dragon Ball Nyūmon! Kamesenryū
- Dragon Ball Pinball
- Dragon Ball Satoshi Meshi to oi Kakekko!
- Dragon Ball Z Othello
- Dragon Ball Z Ultimate Blast
Dragon Ball: Tap Battle – March 2013
Senyap untuk beberapa tahun, Bandai hanya mengfokuskan pada permainan konsol, PC dan luaran serta pemainan mobile lain hanya hadir untuk remake dan sebagai nya, akhirnya muncullah Dragon Ball: Tap Battle.
Permainan ini dah maju sikit la zaman ni, zaman zaman Samsung S2 S3 dah keluarkan, so game 2D merangkaklah ke platform. Permainan aksi ini boleh dikawal melalui tap di skrin telefon sahaja, selain itu ia turut hadir dalam mod 2 pemain dengan sambungan Bluetooth.
Dragon Ball RPG: Shōnen-hen – Oktober 2013
Telephone pintar makin maju, apa lagi download lah untuk Android dan iOS~ time tu lah. Memang agak obses bila ada game macam ni kan. Permainan ini mengikuti cerita Dragon Ball yang dibahagikan kepada empat bab: Maharaja Pilaf Saga, Kejohanan Saga, Red Ribbon Army Saga, dan King Piccolo Saga. Cara kawalan pun senang je untuk game ni, lebih kurang sama dengan Nintendo DS RPG.
Dragon Ball: Ultimate Swipe- April 2014
Ultimate Swipe adalah permainan pertarungan orang pertama di medan bermain 3D yang korang kena tap dan swipe. Jadi ianya berfungsi untuk serap kuasa Ki korang kemudian lepaskan lah Kamekameha korang tu! Dengan berjalan melalui permainan, pemain boleh mendapat angka watak CG. Tahap tambahan boleh didapati sebagai pembelian dalam aplikasi, seperti yang ada untuk Android, Majin Buu, dan misi Pertempuran Khas.
Dragon Ball Z: Dokkan Battle – Julai 2015
Time ni dah pakai Iphone, S6 Edge haa mulalah nak permainan yang gempak-gempak je kat telefon pintar ni. Permainan Dragon Ball Z: Dokkan Battle boleh didapati secara percuma di PlayStore dan iOS sampai lah kini. Ia adalah permainan board dan puzzle beserta dialog.
Ni antara ciri yang ada dalam permainan ni;
• Tap Ki Spheres pada skrin pertempuran dan menghantar musuh yang terbang dalam permainan;
• Selesaikan musuh-musuh dengan Serangan Super yang kuat dan ikonik! KAMEHAMEHA!
• Berjuang bersama Goku atau bekerjasama dengan saingan seperti Frieza, Cell, atau Majin Buu dari anime!
• Aturkan pasukan untuk memasang pasukan tempur yang terbaik!
Apa lagi jom muat turun di PlayStore dan iOS sekarang!
Dragon Ball Legends – May 2018
Iya permainan yang masih terasa kehangatanya sehingga sekarang! Kami juga pernah mengongsikan mengenai Dragon Ball Legends ni tahun lepas ok! Pertempuran dalam peringkat 3D berkualiti tinggi dengan menyuarakan watak! Nikmati 1 v 1 perlawanan terhadap pemain saingan dari seluruh dunia!
Ciri-ciri yang ada dalam permainan ni;
Pertempuran Tindakan Kad dengan Kawalan Intuitif
– Mudah mengawal pejuang DB kegemaran .
– Letakkan gabungan comel dan letupan khas dengan sentuhan jari!
Pertempuran Versus di seluruh dunia
– Pertarungan masa nyata terhadap peminat DB dari seluruh dunia.
– Menjana watak sendiri dan menghancurkan persaingan!
Storyline asal
– Bermain sebagai watak baru yang direka oleh Akira Toriyama!
– Pengalaman petualangan baru dengan Goku dan semua watak kegemaran.
Okay jangan lupa dapat kan permainan ini di PlayStore dan iOS korang sekarang! Memang best!
Haaa ada yang terlepas pandang yang korang tak pernah muat turun tak? Amacam ada menggamit memori telefon pertama korang pakai dulu-dulu? Okay lain kali saya kongsikan permainan konsol Dragon Ball pulak. Amacam on tak on?!
@gamersantaimy
Discussion about this post