Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Saksikan Semula Aksi Pasukan Shohoku dalam SLAM DUNK di Netflix Pada 31 Mac Ini!

Maira by Maira
March 28, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Saksikan Semula Aksi Pasukan Shohoku dalam SLAM DUNK di Netflix Pada 31 Mac Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Filem The First Slam Dunk sudah pun ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan lepas. Mesti ada antara anda yang teringin untuk menonton semula siri ini, betul tidak? Berita baiknya, Netflix akan membawa siri anime Slam Dunk pada hujung bulan ini!

Melalui Netflix, anime Slam Dunk akan tersedia pada 31 Mac ini! Bermakna peminat lama dan baru siri bolehlah menonton semula kisah pasukan Shohoku nanti.

Untuk anda yang tidak mengenali siri ini, ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Takehiko Inoue dan diterbitkannya di Weekly Shonen Jump pada tahun 1990 sehingga 1996 dengan sebanyak 31 jilid kesemuanya.

Daripada manga, siri itu akhirnya mendapat adaptasi anime oleh Toei Animation. Sebanyak 101 episod telah dihasilkan, yang berakhir dengan perlawanan antara pasukan Shohoku dan pasukan Ryonan. Berikut adalah sinopsis untuk siri Slam Dunk:

Sakuragi Hanamichi bermula sebagai seorang yang disisihkan dan menggunakan kekerasan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa dan populariti, lalu menjadi ketua kepada sebuah kumpulan samseng. Hanamichi yang tidak begitu popular dengan gadis, telah ditolak oleh mereka sebanyak 50 kali. Namun, dia mendapat tahu bahawa Akagi Haruko ialah gadis impiannya dan sangat gembira apabila mendapati Haruko tidak takut kepada Sakuragi.

Haruko kemudian memperkenalkan Hanamichi kepada pasukan bola keranjang Shohoku. Pada mulanya, Hanamichi agak keberatan untuk menyertai pasukan itu kerana dia tidak mengetahui apa-apa tentang sukan bola keranjang. Dia menganggap sukan bola keranjang adalah untuk orang “loser” ( kerana gadis ke-50 menolak Hanamichi untuk seorang pemain bola keranjang).

Walaupun tidak matang dan amat panas baran, Sakuragi membuktikan yang dia adalah seorang atlit berpotensi dalam sukan berkenaan (kerana ingin memikat Haruko). Rukawa Kaede – musuh ketat Sakuragi dalam percintaan dan bola keranjang menyertai pasukan pada masa yang sama. Mitsui Hisashi, seorang bekas MVP bola keranjang, dan Miyagi Ryota, pemain pendek tetapi pantas juga menyertai pasukan berkenaan dan bersama dengan kapten pasukan Shohoku, Akagi Takenori, berusaha untuk menjadikan pasukan Shohoku sebagai juara kebangsaan.

Kalau anda tidak ada Netflix, ada sahaja alternatif lain. Siri ini juga tersedia pada platfom viu untuk ditonton! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: netflixSlam Dunk
Previous Post

Interview King Arthur: Legends Rise – Pengambilan adaptasi yang lebih mendalam![GDC 2023]

Next Post

The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Dedahkan Kebolehan Baru Link & Konsol OLED Edisi Khas!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Next Post
The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Dedahkan Kebolehan Baru Link & Konsol OLED Edisi Khas!

The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Dedahkan Kebolehan Baru Link & Konsol OLED Edisi Khas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd