Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Dedahkan Kebolehan Baru Link & Konsol OLED Edisi Khas!

Maira by Maira
March 29, 2023
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch
0 0
0
The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Dedahkan Kebolehan Baru Link & Konsol OLED Edisi Khas!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pelancarannya semakin menghampiri, game The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom telah mendedahkan gameplay terbarunya. Bukan setakat itu sahaja, konsol khas bertemakan game itu turut diumumkan. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Zelda Tears Kingdom

Dimainkan oleh Eiji Aonuma, produser kepada The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom, kita telah didedahkan dengan beberapa kebolehan baharu Link. Berikut adalah kebolehan baru yang telah didedahkan:

  • Fuse
    • Kebolehan ini membolehkan Link untuk mencantumkan dua atau lebih objek untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. Ia juga boleh digunakan untuk menguatkan senjata atau menjadikan combat lebih mudah.
Zelda Tears Kingdom
  • Recall
    • Ia seperti mengundur masa kepada sesuatu objek. Sebagai contoh, kalau objek itu jatuh, kita boleh undur masa dan kembalikan objek itu pada posisinya yang lalu.
Zelda Tears Kingdom
  • Ultrahand
    • Kelihatan hampir sama dengan kebolehan Fuse, Link boleh mencantumkan beberapa objek dengan menggunakan gam hijau yang melekit. Dengan kebolehan ini, bolehlah kita mereka “kenderaan” untuk menjadikan penerokaan lebih pantas.
Zelda Tears Kingdom
  • Ascend
    • Ascend pula membolehkan Link untuk lompat menerusi permukaan dan muncul pada atasnya.

Selain itu, perkara lain yang didedahkan ialah kawasan baru, musuh baru serta mekanik lain. Anda boleh melihatnya melalui video gameplay di bawah.

Sempena pelancarannya nanti, Nintendo turut memperkenalkan konsol edisi khas untuk game ini. Bukan itu sahaja, Pro Controller dan Carry Case khas juga diperkenalkan. Bertemakan warna emas, anda boleh lihat corak Zonai serta Hylian Crest padanya.

Untuk Switch OLED The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Edition, ia akan tersedia pada 28 April dengan harga . Manakala Nintendo Switch Pro Controller dan Carry Case pula akan tersedia pada 12 Mei, tarikh pelancaran game.

Anda yang inginkan konsol serta aksesori khas ini, bolehlah ke kedai game terdekat untuk menempah.

Game The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom dijadualkan untuk lancar pada 12 Mei 2023. Berikut adalah penerangan rasmi daripada laman web rasmi:

Selain tanah besar Hyrule, entri terbaharu dalam siri Legend of Zelda akan membawa anda ke langit dan dunia yang lebih luas! Nantikan pengembaraan besar-besaran Link yang bermula semula apabila The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom, sekuel kepada The Legend of Zelda: Breath of the Wild, dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 12 Mei 2023.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Zelda daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: the legend of zeldaThe Legend of Zelda: Tears of the Kingdom
Previous Post

Saksikan Semula Aksi Pasukan Shohoku dalam SLAM DUNK di Netflix Pada 31 Mac Ini!

Next Post

Valve hentikan Steam Client terhadap Windows 7,8 & 8.1 bermula 1 Januari 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Valve hentikan Steam Client terhadap Windows 7,8 & 8.1 bermula 1 Januari 2024!

Valve hentikan Steam Client terhadap Windows 7,8 & 8.1 bermula 1 Januari 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd