Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sah! Tiada lagi web MyPlayStation dan perkhidmatan mesej PS Vita akhir Jun ini!

Penutupan ini dibuat bagi memberi laluan kepada PlayStation App

Amir Haziq by Amir Haziq
June 4, 2021
in Artikel, Berita, Platform, PS4, PS5, Teknologi
0 0
0
Sah! Tiada lagi web MyPlayStation dan perkhidmatan mesej PS Vita akhir Jun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung bulan Mac yang lalu, Sony mengumumkan bahawa mereka ingin menutup perkhidmatan PlayStation Store untuk PS4, PSP dan PS Vita bermula 2 Julai. Namun keputusan tersebut telah ditarik balik dan Sony akan mengekalkan perkhidmatan PS Store bagi PS3 dan Vita, kecuali PSP sahaja yang akan kekal ditutup pada 2 Julai nanti. Terbaru, Sony mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sokongan web MyPlayStation dan perkhidmatan mesej Ps Vita bermula 28 Jun.

Sony telah membuat keputusan untuk menghentikan dua sokongan PlayStation mereka iaitu, laman web MyPlayStation serta perkhidmatan mesej Vita. Penutupan ini akan menyebabkan pengguna tidak lagi mempunyai akses kepada Game Library, Parties, Friends, Trophies dan Profile Information melalui laman web MyPlayStation. Manakala penutupan untuk perkhidmatan mesej Vita pula menyebabkan pengguna tidak lagi boleh menghantar mesej melalui perkhidmatan tersebut.

MyPlayStation merupakan laman web yang diasingkan dari laman web utama PlayStation, di mana pengguna boleh menguruskan maklumat profil PSN, trofi dan library mereka. Penutupan web ini dikatakan bakal digantikan dengan PS App dan menu profil akan tersedia di laman web PS. Dari situ, pemain masih boleh mendapatkan akses kepada maklumat Profile dan Game Library mereka. Namun, untuk maklumat Parties, Friends dan Trophies hanya akan boleh di akses sama ada melalui konsol PlayStation 5 atau PlayStation 4 atau di PlayStation App.

Selain itu, perkhidmatan mesej PS Vita juga akan dihentikan bersama dengan laman web MyPlayStation pada 28 Julai nanti. Fungsi perkhidmatan ini membolehkan pemain menghantar mesej kepada pengguna PSN lain yang menggunakan PS Vita di pelbagai platform. Sony menyatakan bahawa sementara perkhidmatan ini bakal dihentikan, pemain masih dapat mengakses mesej yang dihantar sebelumnya dengan menggunakan perkhidmatan mesej pada konsol PS5, PS4 dan di PlayStation App.

Dengan perubahan baru yang bakal tiba tidak lama lagi untuk pengguna PlayStation, Sony seperti ingin memadam perkhidmatan mereka yang tidak lagi ramai pemain gunakan. Kongsikan pendapat anda mengenai berita ini diruang komen kami. Untuk membaca lebih lanjut liputan mengenai PlayStation, tekan sahaja pada pautan ini.

Tags: MyPlayStationplaystationPS VitaSony
Previous Post

RAZER mengumumkan kerusi gaming terbaru ISKUR X, bernilai RM1,499!

Next Post

Marvel’s Avengers dapat design mecha ala-ala manga oleh mangaka terkenal!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Marvel’s Avengers dapat design mecha ala-ala manga oleh mangaka terkenal!

Marvel's Avengers dapat design mecha ala-ala manga oleh mangaka terkenal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd