Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RAZER mengumumkan kerusi gaming terbaru ISKUR X, bernilai RM1,499!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2021
in Artikel, Berita, Perabot, Produk
0 0
0
RAZER mengumumkan kerusi gaming terbaru ISKUR X, bernilai RM1,499!
Share on FacebookShare on Twitter

Razer telah mengumumkan Iskur X, tambahan terbaru untuk famili kerusi gaming Razer, yang direka secara ergonomik untuk keselesaan maksimum dan daya ketahanan lama. Menampilkan badan yang diperkuat dengan keluli, dengan busa berketumpatan tinggi serta dikemaskan dengan kain kulit sintetik yang berlapis dan tahan lasak, Iskur X direka untuk keselesaan dan sokongan jangka panjang semasa sesi permainan lama.

 

1 of 4
- +

Iskur X menyokong berat hingga 136 kg, dan dilengkapi “backrest” khusus, untuk memberikan lebih banyak sokongan sepanjang lekukan tulang belakang. Armrest 2D pula mengurangkan ketegangan di pergelangan tangan dan bahu, manakala tempat duduk yang bersudut memaksimumkan sokongan kaki dan paha. Boleh dipakai pada macam-macam sudut, Iskur X dapat diposisikan semula untuk postur yang paling selesa bagi sesi permainan yang panjang.

Turut dilancarkan hari ini ialah Razer Head Cushion dan Razer Lumbar Cushion. Direka untuk digunakan dengan mana-mana kerusi gaming, Razer Lumbar Cushion membantu mengatur tulang belakang dalam kedudukan yang neutral, dengan sokongan ergonomik untuk belakang badan pengguna. Razer Head Cushion pula mempunyai busa yang padat, untuk menyesuaikan diri dengan bentuk kepala pengguna bagi keseimbangan selesa dan sokongan sempurna.

Razer Iskur X, Head Cushion dan Lumbar Cushion sudah tersedia dan boleh dibeli secara dalam talian di Razer.com, di RazerStore, dan di pengedar terpilih (Malaysia mungkin akan datang dalam masa terdekat). Berikut adalah harga untuk setiap produk:

  • Razer Iskur X – RM 1,499
  • Razer Head Cushion – RM 199
  • Razer Lumbar Cushion – RM 259

Untuk segala liputan kami tentang Razer, sila tekan pautan ini.

Sumber – Siaran akhbar

Tags: Iskur Xkerusi gamingrazerRazer Head CushionRazer Lumbar Cushion
Previous Post

Headshot! Sniper Elite VR akan dilancarkan di PSVR & Steam VR 8 Julai ini!

Next Post

Sah! Tiada lagi web MyPlayStation dan perkhidmatan mesej PS Vita akhir Jun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Sah! Tiada lagi web MyPlayStation dan perkhidmatan mesej PS Vita akhir Jun ini!

Sah! Tiada lagi web MyPlayStation dan perkhidmatan mesej PS Vita akhir Jun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd