Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sah! Tiada lagi perkhidmatan PlayStation Store untuk PS3, Vita dan PSP bermula 2 Julai

Amir Haziq by Amir Haziq
March 30, 2021
in Artikel, Berita
0 0
0
Sah! Tiada lagi perkhidmatan PlayStation Store untuk PS3, Vita dan PSP bermula 2 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal Mac yang lalu, terdapat khabar angin yang mengatakan Sony akan menutup perkhidmatan PlayStation Store mereka untuk konsol PS3, Vita dan PSP. Anda boleh membaca perkongsian lama kami mengenai berita ini. Penutupan perkhidmatan PlayStation Store akan menyebabkan pengguna tidak lagi dapat membeli salinan digital atau DLC untuk apa-apa konsol Sony tersebut.

Kini, Sony telah mengesahkan yang Playstation Store untuk konsol-konsol tersebut ditutup secara rasmi pada musim panas ini. Berita ini disampaikan dalam kemas kini pada halaman pengumuman sokongan PlayStation, dimana hari terakhir untuk PlayStation Store di PS3 dan PSP adalah pada 2 Julai, manakala hari terakhir bagi Vita pula pada 27 Ogos. Pengumuman ini dibuat secara khusus di laman sokongan Sony versi UK. Versi Asia masih belum ada lagi pengumuman dan terdapat kemungkinan tarikh penutupan perkhidmatan ini akan berbeza mengikut wilayah.

Setelah PlayStation Store ditutup untuk konsol-konsol tersebut, pengguna tidak lagi dapat membeli permainan digital yang baru melalui perkhidmatan ini. Tetapi jangan risau, kerana anda masih dapat memuat turun semula dan memainkan permainan yang telah dibeli sebelum ini melalui sistem Download List anda. Perkara ini juga akan berlaku untuk permainan PS Plus percuma jika anda masih mempunyai langganan aktif.

Selain itu, anda juga dapat menebus kod baucar untuk permainan yang boleh dimuat turun atau melalui langganan PS Plus di PS3 dan Vita. Namun, pengguna tidak dapat menebus kad hadiah untuk PSN Wallet mereka kerana selepas ini anda hanya dapat membeli permainan PS4 atau PS5 di PlayStation Store sahaja ketika itu.

PlayStation Store telah dilancarkan sekali bersama PS3 pada bulan November 2006 dan telah berjalan selama 15 tahun. Masih ada banyak permainan hebat yang anda hanya boleh dapati secara rasmi melalui PlayStation Store PS3, Vita dan PSP sementara perkhidmatan ini masih tersedia.

Tags: playstation storeps3pspSonyVita
Previous Post

Siri Mi 11 Lite telefon 5G ternipis dengan sokongan Snapdragon 780G

Next Post

Lebih gameplay dan tangkapan skrin NieR Replicant ver.1.22474487139… didedahkan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Lebih gameplay dan tangkapan skrin NieR Replicant ver.1.22474487139… didedahkan!

Lebih gameplay dan tangkapan skrin NieR Replicant ver.1.22474487139... didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd