Masih ingat dengan koleksi 21SS UT Uniqlo yang kami kongsikan April lalu? Dalam tu ada tersenarai game popular dari Capcom– Monster Hunter Rise akan termasuk dalam koleksi tersebut. Nampaknya, ia bukan setakat keluar di Jepun, koleksi UT Uniqlo Monster Hunter Rise bakal mendarat di Malaysia Jun ini!
Jika baru-baru ini, League of Legends turut mengongsikan kolaborasi mereka bersama UT dan telah berada dalam jualan di Uniqlo, hari ini Uniqlo Malaysia mengesahkan koleksi dari monster-monster menarik ini akan datang di semua store Uniqlo Malaysia.
Baju T Dewasa
Monster Hunter Rise adalah permainan permainan peranan yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Capcom untuk Nintendo Switch. Dilancarkan di seluruh dunia pada 26 Mac 2021. Versi Microsoft Windows kini sedang dalam pengembangan dan direncanakan untuk pelepasan awal 2022. Anda juga boleh membaca review kami di sini.
Peminat Monster Hunter pasti rasa teruja dengan pelancaran ini kan! Sesiapa yang main game Monster Hunter Rise tu, jangan terlepas koleksi UT Uniqlo Monster Hunter Rise ini okay! Agaknya mana satu pilihan korang semua? Jadi jangan lupa untuk ikuti Facebook rasmi Uniqlo Malaysia atau Laman web rasmi Uniqlo untuk lebih info mengenai koleksi UT!
@gamersantaimy
Discussion about this post