Pada minggu lepas, kami baru sahaja dapat tahu UNIQLO akan mengeluarkan koleksi istimewa berilhamkan Animal Crossing: New Horizons, tetapi nampaknya jenama fesyen popular ini masih sibuk kerana hari ini, mereka telah mengumumkan koleksi UNIQLO UT baru dengan League of Legends!
When adventure calls.
Presenting the #LeagueofLegendsUT Collection. Available soon online and in select retail stores worldwide. pic.twitter.com/5VPwQEDNrR
— League of Legends (@LeagueOfLegends) April 21, 2021
Sebagai koleksi terbaru dalam siri UNIQLO UT, koleksi istimewa ini mempunyai enam reka bentuk kemeja-T yang berilhamkan permainan multiplayer online battle arena (MOBA) popular tersebut. Antara reka bentuk yang saya dapat lihat termasuk watak seperti Jinx dan Ekko, elemen ‘in-game’ seperti Summoner’s Rift dan Poros, bersama dengan Ahri, Akali, Evelynn dan Kai’Sa dari kumpulan K-pop digital K/DA. Bakal dilancarkan di seluruh dunia, kolaborasi UNIQLO UT ini adalah usaha terbaru oleh Riot Games untuk membawa budaya eSukan ke dunia fesyen.
Berikut adalah antara rekaan baju:
“UNIQLO berdedikasi untuk mencipta bentuk ekspresi yang unik dan diperibadikan dan semangat melalui koleksi UT mereka dan kami menemui minat yang serupa dengan apa yang kami buat untuk pemain Riot Games. Kami bangga memiliki kesempatan untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat yang menghargai kreativiti dan ekspresi diri dalam semua cara yang dapat diwujudkan.” -kata Ryan Crosby, Ketua Pemasaran dan Produk Pengguna di Riot Games.
Pada harga USD $19.90 (anggaran RM81.93) dan berukuran dari XXS hingga 3XL, koleksi League of Legends UT akan tersedia dalam talian dan di kedai-kedai UNIQLO. Malangnya, saya masih belum pasti jika ia akan tersedia untuk pasaran Malaysia. Untuk segala liputan kami tentang League of Legends, sila tekan di sini.
Sumber – League of Legends
@gamersantaimy
Discussion about this post