Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sah! GTA V dan GTA Online akan tiba di konsol PS5 dan Xbox Series X pada 11 November ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
May 19, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Platform, PS4, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Sah! GTA V dan GTA Online akan tiba di konsol PS5 dan Xbox Series X pada 11 November ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Grand Theft Auto V merupakan siri game GTA yang terlaris di pasaran semasa mula dilancarkan dan boleh dikatakan sebagai game terhebat di konsol gen sebelum ini. Genre action-adventure yang gempak, bersama grafik serta visual yang mantap dan disekalikan dengan mod Online, menjadikan GTA V masih relevan untuk dimainkan sehingga sekarang. Baru-baru ini, Rockstar telah mengumumkan GTA V dan GTA Online akan dilancarkan di PlayStation 5 dan Xbox Series X pada 11 November nanti.

New GTA Online updates on the way, including new Stunt Races, new Deadline arenas and Survivals.

And car culture is back on the streets in a big way later this summer, with a new place to meet up and test rides, new stolen vehicles to acquire, and more.https://t.co/4pgBWLh3xv pic.twitter.com/2DJ9SWrHMs

— Rockstar Games (@RockstarGames) May 18, 2021

Rockstar telah memuat naik pengumuman tersebut di Twitter mereka dengan menyatakan GTA V dan Online akan menerima peningkatan baru. Mod tersebut akan diberikan peningkatan seperti Stunt Races, Deadline arena baru dan Survival. Mereka turut akan mengembalikan lebih banyak kereta menarik untuk pemain mencuba tempat baru, pandu uji kenderaan baru dan lebih banyak misi mencuri kereta akan datang pada musim panas ini.

Tambahan pula, Pemain Online di PS4 telah mendapat bonus eksklusif sejak konsol next-gen diumumkan, dan Rockstar seperti tidak akan membuang kelebihan tersebut dari pemain mereka. Rockstar menyatakan pemain akan terus mendapat insentif wang sehingga versi baru dilancarkan dan mereka dapat bermain GTA Online secara percuma selama tiga bulan di PS5 nanti.

Selain itu, Rockstar turut menyatakan Red Dead Online akan menerima lapan perlumbaan baru di lokasi-lokasi ikonik sepanjang 5 negeri, iaitu meliputi Gaptooth Breach sehingga ke bandar lombong Annesburg dan kawasan paya Lagras.

Malah, Pemain boleh menunjukkan skil menunggang kuda mereka dalam pelbagai cara di pertandingan ekuin serta di Standard Race dan Open race. Anda juga boleh mencuba mengambil bahagian di Target dan Open Target Races, bagi mengasah lagi skil memanah di atas kuda anda. Kesemua perlumbaan ini akan tersedia di Red Dead Online pada 25 Mei nanti.

Buat masa ini, Rockstar masih belum mengumumkan harga bagi GTA Online di PS5, tetapi kami menjangkakan harga yang akan dilancarkan sekitar $40 (anggaran RM165). Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang berita perkembangan mengenai Grand Theft Auto V, tekan sahaja pautan ini.

Muat turun sekarang!!
Grand Theft Auto V
Developer: Rockstar Studios
Release Date: 2013-09-17
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Grand Theft Auto V merupakan permainan aksi pengembaraan yang dimajukan dan dikeluarkan oleh Rockstar North dan Rockstar Game. Menjadi lebih spekulasi dengan kehadiran GTA Online dengan membuat lebih ramai peminat teruja dengan kepelbagaian mod yang boleh dihasilkan.
Tags: GTAVps5rockstarXbox X
Previous Post

Manga Far Cry, Watch Dogs, Assassin’s Creed & lain-lain boleh dibaca percuma! Ubi x Jump+ Manga Award!

Next Post

Minigame, summon baru dan watak didedahkan untuk FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Minigame, summon baru dan watak didedahkan untuk FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE!

Minigame, summon baru dan watak didedahkan untuk FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd