Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Far Cry, Watch Dogs, Assassin’s Creed & lain-lain boleh dibaca percuma! Ubi x Jump+ Manga Award!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 18, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Far Cry, Watch Dogs, Assassin’s Creed & lain-lain boleh dibaca percuma! Ubi x Jump+ Manga Award!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan April 2021, Ubisoft dan Shueisha telah mengumumkan pemenang Ubi x Jump+ Manga Award, di mana para mangaka akan melukis “one-shot” berdasarkan beberapa francais popular Ubisoft. Dari Far Cry, Watch Dogs, Assassin’s Creed hingga The Division, mana-mana mangaka boleh menggunakan permainan ini sebagai sumber untuk melukis manga mereka. Lima pemenang sudah pun dipilih dimana manga mereka akan diterbitkan di laman web dan aplikasi Jump+, untuk peminat secara percuma.

🇬🇧 Enjoy this award winning one-shot from Ubisoft x Jump+'s Award: HAPPY VAAS DAY by Hiromi Nagase! pic.twitter.com/tUTs5viaMl

— Follow @mangaplus_o! (@mp_unofficial1) April 12, 2021

Pemenang tempat pertama, Hiromu Nagase, mencipta Happy Vaas Day, sebuah kisah yang memfokuskan kepada Vaas Montenegro dari Far Cry 3 dan bagaimana dia menjadi antagonis seperti yang dilihat dalam permainan. Cerita ini mencapai kemuncaknya ketika Vaas menganggap dia telah menemukan jalan keluar dari pulau untuk dia dan adiknya. Malangnya, rancangan ini gagal dan dia terpaksa membunuh. Tempat kedua jatuh kepada Inside, sebuah lagi manga one-shot berdasarkan francais Far Cry. Cerita ini mengikuti seorang gamer ketika dia bermain Far Cry 4 dan mula mempersoalkan sama ada jika watak utama adalah baik atau jahat.

🇬🇧 The second out of 5 one-shots is up! Enjoy the second prize of Ubisoft x Jump's Award: Inside by Saimotoki. https://t.co/wRkLiYrEZd pic.twitter.com/EHLiVI92Tw

— Follow @mangaplus_o! (@mp_unofficial1) April 13, 2021

Dua anugerah “Honorable Mentions” jatuh kepada WRENCH MAKE SOME NOISE! dan assassin’s creed: cinders. Manga WRENCH MAKE SOME NOISE! berlangsung di dunia Watch Dogs 2 dan mengikuti Wrench ketika dia mengumpulkan keberanian untuk meminta nombor si pelayan Naomi yang comel. assassin’s creed: cinders pula menceritakan apa yang berlaku selepas kematian Ezio, di mana Leonardo da Vinci melawat Sofia (isteri Ezio) dan merenungkan kehidupannya selepas membaca surat terakhir yang ditulis oleh Ezio untuknya.

🇬🇧 Here are the final works of Ubisoft x Jump+'s Award:

· WRENCH MAKE SOME NOISE by TSCR
· assassin's creed : cinders by Of Youth and Defeat
· kuroneko yawa x UBISOFT by Katsuho Imai

Enjoy! https://t.co/WNxtIiLezz pic.twitter.com/2RyK4Nb5cE

— Follow @mangaplus_o! (@mp_unofficial1) April 14, 2021

Diberi anugerah “Ubi Special Award Winner“, one-shot terakhir bernama Kuroneko Yawa x UBISOFT. Berlangsung di Kyoto masa kini, pelukis manga sendiri sebenarnya adalah watak utama, kerana dia bercakap tentang betapa dia suka berada dalam dunia permainan video.

Jika anda berminat untuk membaca karya-karya Ubi x Jump+ Manga Award, saya akan sediakan pautan di bawah. Untuk segala liputan kami tentang manga, sila tekan pautan ini.

Happy Vaas Day

Inside

WRENCH MAKE SOME NOISE!

assassin’s creed: cinders

Kuroneko Yawa x UBISOFT

Sumber- Shueisha

Tags: Assassin's Creedfar cryJumpmangaShueishaubisoftWatch Dogs
Previous Post

16 Pasukan Bersedia untuk Peperangan di PUBG MOBILE PRO LEAGUE SEA CHAMPIONSHIP S3!

Next Post

Sah! GTA V dan GTA Online akan tiba di konsol PS5 dan Xbox Series X pada 11 November ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Sah! GTA V dan GTA Online akan tiba di konsol PS5 dan Xbox Series X pada 11 November ini!

Sah! GTA V dan GTA Online akan tiba di konsol PS5 dan Xbox Series X pada 11 November ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd