Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RPG “Triangle Strategy” rasmi lancar hari ini di PC Steam, dapatkan sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, PC, RPG, Steam
0 0
0
RPG “Triangle Strategy” rasmi lancar hari ini di PC Steam, dapatkan sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix Inc., hari ini mengumumkan bahawa permainan turn-based tactical RPG, Triangle Strategy kini telah dikeluarkan pada PC melalui STEAM!

Dikeluarkan sebelum ini di Nintendo Switch pada Mac 2022, Triangle Strategy ialah RPG taktikal HD-2D daripada pasukan pembangunan sama yang menghasilkan Octopath Traveler dan Bravely Default, serta menampilkan sistem pertempuran jenis turn-based yang strategik dan cerita dramatik bercabang di mana ia berubah bergantung pada pilihan pemain.

Berikut adalah trailer pelancaran untuk tontonan anda:

Triangle Strategy berlangsung di benua Norzelia, di mana pemain akan menentukan nasib tiga kerajaan berkuasa yang terlibat dalam konflik, Glenbrook, Aesfrost dan Hyzante.

Ditetapkan 30 tahun selepas “Saltiron War,” pemain akan membimbing protagonis Serenoa Wolffort dan teman setianya, sahabat dari zaman kanak-kanak Prince Roland, tunang Puteri Frederica Aesfrost, dan pelayan kepada House Wolffort Benedict, semasa mereka cuba mengharungi konflik baharu ini.

Triangle Strategy menawarkan sistem pertempuran taktikal kompleks yang menggunakan persekitaran RPG interaktif. Pemain akan mempunyai kebolehan untuk:

  • Pilih daripada tiga filosofi, utiliti, moral atau kebebasan berbeza, untuk membantu membentuk cerita
  • Pilih daripada pelbagai watak untuk mencipta pasukan pertempuran unik sendiri
  • Gunakan atribut unik, tetapkan pergerakan yang ditawarkan oleh setiap watak, serta gunakan serangan dan skil khas yang menggunakan Tactical Point terhad tetapi boleh dicas semula mengikut setiap watak
  • Naikkan level watak dengan menggunakan mereka dalam pertempuran untuk meningkatkan atribut mereka dan membuka serangan dan skil istimewa baharu
  • Upgrade atribut individu dan kelas watak, untuk menjadikan mereka lebih berkesan dalam pertempuran

Triangle Strategy Digital Deluxe Edition juga tersedia sebagai sebahagian daripada bundle dengan game Various Daylife pada PC melalui STEAM. Untuk masa yang terhad, pemain yang membeli bundle ini akan menerima diskaun sebanyak 29% bernilai RM272.64, yang juga termasuk buku seni digital Various Daylife.

Tags: PCRPGsteamTriangle Strategy
Previous Post

God of War Ragnarok akan tambah bundle PS5, peluang baru untuk dapatkan konsol!

Next Post

Game Roblox Mechamato Akan Lancar 15 Oktober Ini! Jom Mechanized Bersama-sama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Game Roblox Mechamato Akan Lancar 15 Oktober Ini! Jom Mechanized Bersama-sama!

Game Roblox Mechamato Akan Lancar 15 Oktober Ini! Jom Mechanized Bersama-sama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd