Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

God of War Ragnarok akan tambah bundle PS5, peluang baru untuk dapatkan konsol!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, PS4, PS5
0 0
0
God of War Ragnarok akan tambah bundle PS5, peluang baru untuk dapatkan konsol!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat sesiapa yang ingin PS5 kerana PlayStation bakal mengeluarkan bundle baharu pada bulan depan bersama pelancaran God of War Ragnarok! Ini bermaksud orang kini ada peluang untuk dapatkan konsol tersebut jika masih belum memilikinya.

Secara lebih khusus lagi, PlayStation mempamerkan di YouTube bahawa mereka akan mengeluarkan konsol PS5 baharu yang disertakan dengan God of War Ragnarok pada bulan depan. Bundle PS5 ini akan dikeluarkan pada tarikh yang sama dengan pelancaran Ragnarok, iaitu 9 November.

Sama seperti bundle PS5 sebelum ini, Ragnarok akan disertakan dalam pakej ini dalam bentuk kod digital. Jadi buat sesiapa yang lebih suka memiliki salinan fizikal, korang perlu membuat satu lagi pembelian.

Secara keseluruhan, ini ialah bundle PS5 ketiga yang Sony keluarkan sejak konsol diperkenalkan pada tahun 2020. Sebelum ini, mereka telah menampilkan game first-party lain seperti Ratchet & Clank: Rift Apart dan Horizon Forbidden West.

Cuma ramai menjangka bundle GoW Ragnarok PS5 akan menjadi bundle utama yang dijual oleh Sony kerana mengikut trend di PS4 (termasuk Horizon Forbidden West).

Pada masa yang sama, laporan di internet mengatakan bahawa PS5 juga boleh akan menjadi lebih mudah untuk dibeli dalam masa terdekat. Walaupun konsol ini masih sukar untuk didapati secara umum, laporan baru menunjukkan yang Sony telah meningkatkan stok PS5 sejak sebulan lalu. Ini mungkin disebabkan oleh kesibukan musim cuti dan juga pelancaran God of War Ragnarok.

Jadi jika anda masih belum membeli PS5, mungkin ini masanya sebelum tahun 2022 berakhir.

God of War Ragnarok akan dilancarkan pada PS4 dan PS5 pada 9 November. Untuk membaca segala liputan kami tentang God of War Ragnarok, sila tekan pautan ini.

Tags: God of War Ragnarokps5
Previous Post

Netflix Hadir Dengan Pakej Terbaru — Ada Iklan Selama 15-30 Saat Dan Tersedia di Negara Terpilih!

Next Post

RPG “Triangle Strategy” rasmi lancar hari ini di PC Steam, dapatkan sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
RPG “Triangle Strategy” rasmi lancar hari ini di PC Steam, dapatkan sekarang!

RPG "Triangle Strategy" rasmi lancar hari ini di PC Steam, dapatkan sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd